Sabtu, 1 Disember 2012

Tahniah Rasyiqah & Raziqin.

Assalamualaikum.

 
Gambar di atas diambil pada hari Selasa, 27 November 2012 di Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Madang semasa Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah kepada Pelajar Cemerlang 2012. 
 
Rasyiqah mendapat tempat pertama semasa peperiksaan akhir tahunnya.  Yang lucu adiknya, Raziqin semasa ku berdiri didepan tangga berhampiran pentas, menarik-narik bajuku.  Katanya mau naik atas.  Ku beritahu "inda boleh, untuk kanak-kanak sekolah saja lai".  Kemudian Raziqin berpusing menoleh kakaknya.  Tapi kakaknya inda mau sampai kawanya yang beratur dibelakangnya menjawab "kalau inda aku saja bawa adimu" hehe. 
 
Tiba giliran Rasyiqah naik, aku menghampiri salah seorang cikgu yang bertugas dan memberitahu yang adiknya mahu ikut naik ke pentas :D  Nasib baik jua kana benarkan.
 
Nah, sampai jua hajatnya :) dan mudah-mudahan jua akan datang bila Raziqin sudah sekolah ada jua saatnya naik ke pentas menerima hadiah! Untuk si kaka, mummy dan babah ucapkan "Tahniah dan tahun depan Do Your Best lagi".
 
Masih ku ingat iqah memesej babahnya memberitahu yang ia dapat nombor 1 tapi dibalas babahnya dengan "good luck".  Inda puas hati, iqah balas lagi "babah inda pecaya kah, banar kaka numbur 1".  Lama inda ada reply dari babahnya.  Bibiran tah si kaka ani menanya "mobile mummy ani ada bunyi kan kalau ada mesej" hahaha. Rupanya mobile suamiku habis battery sampai sanggup menelefon pakai mobile kawanya.  Rasakan ucap 'congratulation'.
 
 

Khamis, 8 November 2012

sandwich rainbow.


Assalamualaikum, sudah 'breakfast' atau 'hi-tea'?

Sandwich rainbow sesuai untuk sarapan atau kueh untuk minum petang.  sandwich diatas 'home-made' buatan mama untuk doa selamat anak kakakku birthday.  Senang dan simple.  Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak terlalu banyak.  Roti paun, kaya di bahagikan kepada 3 mangkuk berasingan, pewarna dan juga telur.  Kaya dicampur bersama pewarna merah, hijau dan kuning (berasingan).  Roti tadi disapu dengan kaya yang berlainan warna disusun seperti diatas.  Kemudian sebelum digoreng, dicelupkan dahulu ke dalam telur. Goreng sehingga roti tadi menjadi kekuningan kemudian diangkat.

Sedap dimakan panas-panas.  Kalau mahu kelainan mungkin boleh dicicah bersama sos cili - hehe tapi aku belum coba lagi.



p/s gambar diatas aku cilok dari fb adikku :)

Rabu, 7 November 2012

Raziq baca apa tu?






Raziqin sedang khusyuk "membaca" komik boboi boy dalam kereta. 
Liat gambar pun jadi tah walaupun belum arif membaca :)

apa keputusannya?

Biskita pernah diarahkan doktor untuk ambil darah berulang-ulang hanya kerana keputusan darah tidak memuaskan?

Aku pernah mengalaminya dalam masa sebulan appointment ke kelinik sampai 3 kali.  Kan inda dituruti cakap doktor takut nanti sudah kemudian hari menyesali, udah terlambat baru tahu.

Kali terakhir aku ambil darah ialah pada 5 November 2012 dan aku diarahkan untuk datang dalam masa 2 minggu untuk mengetahui keputusannya.  Beruri jua dalam hati. 




Tapi kadang-kadang memberi malas jua berjumpa doktor yang berlainan setiap kali terpaksa bercerita kenapa aku diarahkan untuk mengambil darah.  Jumpa doktor ke dua, suruh lagi ambil darah 'rechek'.  Ambil result darah kemudian jumpa lagi doktor lain akan suruh lagi 'rechek' darah untuk sample lain lagi. "Retest ESR, Retest ANA, Retest, RA Factor".  Hmmmm berapa kali rechek laaaah....


Iklan Selingan.

Assalamualaikum, ambil berkat Bulan Zulhijjah.

Artikel ani bukan artikel bertaja atau sponsor hanya dengan niat membantu untuk memperkenalkan satu syarikat anak tempatan.  Mudah-mudahan berkat pertolongan yang sedikit ani dapat jua pahala.

sila clik gambar untuk melihat poster penuh.

Selasa, 23 Oktober 2012

"From Your Heart, Through Your Hands; Make A Change"

9/9/2012, Ahad kami 4 anak-beranak ikutserta kakakku ke MS Family Carnival 2012 anjuran Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan yangmana kakakku adalah salah seorang tenaga pengajar disana.  Karnival hari atu merupakan satu aktiviti 'charity'.



Kami datang kesana waktu sudah hampir tengahari tapi bisai Raziq dan Rasyiqah inda mengantuk sebab kalau mengantuk mesti bisdia keboringan.  Macam-macam aktiviti yang ada disana.  Ada jual-jualan pakaian, makanan, permainan, jualan barangan terpakai, pameran binatang dan macam-macam lagi.
 
Berani orang ani megang ular! eee.
 Cupcakes berbagai bentuk dan size.
Menangkap ikan menggunakan 'tissue'...mana inda pandai dapat ikan,
asal diangkat kertas tissuenya koyak! hmmm.
 Ais krim ALIEN? hehe Astronut pun ada. Inda terasa sejuk mcam ice :)
 Langis jualannya, kosong tarus tray makanannya.

 Berpegangan tangan adik-beradik ani. Sikecil excited sudah!
 Hehehee yang penting kiut :D
 Selepas mengumpul 'token' disetiap permainan yang diikuti, Rasyiqah disuruh memilih 'hadiah'
yang mana dimahunya ikut bilangan 'token'....Cuba teka hadiah apa yang dipilihnya?
 
 
Tidak ketinggalan jabatan-jabatan Kerajaan yang turut serta seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) selain mengedarkan leaflet berkaitan jabatan masing-masing bisdia jua mengadakan permainan kuiz.  Banyak jualah leaflet yang anakku ambil yangmana dapat jua menambah pengetahuan hehe.

 
JKDN mengadakan kuiz menggunakan papan putar.  Setiap warna ada kategori soalan berlainan.  Aku ikut menjawap 1 soalan - bilakan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dilahirkan? hehe aku jawap dengan betul
[tapi kakak ku yang beritahu jawapannya hehe] Aku memilih hadiah sebatang garisan panjang berlogo JKDN!
 
 
Sangal jua kaki berjalan dari satu tempat ke satu tempat.  Banyak lagi turun naik tangga.  Nda heran kakak ku masih slim.  Aku nda dapat ni malar ke sana karang kurus tah ku hehehe. Kami balik sambil mendengar anak-anak ku bercerita sampai tertidur.
 

Selasa, 16 Oktober 2012

Walk, Run & Cycle.

Hari Ahad, 14 Oktober 2012 seperti yang dijanjikan kami 4 beranak pergi ke Taman Jubli Perak di Bandar Seri Begawan sekitar jam 8 pagi.  Mungkin pada waktu yang sama ada acara BIBD Charity Expidition di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, jadi di Taman Jubli tidak ramai yang datang ke sana.  Cuaca pada pagi atu pun tidak begitu panas.
 
Rasyiqah dan adiknya masing-masing berbasikal sementara aku dan suami berjalan kaki dari jalan masuk taman hingga ke tapak permainan.  Turun naik tangga, main buaian, mencuba alat-alat senaman yang disediakan.  Kemudian kami meneruskan lagi berbasikal dan berjalan menuju ke kereta.  Raziqin bila ditanya "Adik ngalih?" katanya "Nda. Siok".  Aku takut Raziqin kengalihan mengayuh basikal, maklum dirumah inda sejauh di Taman. 
 
Alhamdulillah, nyata mereka seronok :)





 
Sampai jumpa lagi :)

Sabtu, 13 Oktober 2012

Basikal Adik.

 

Raziqin baru-baru ani sudah pandai mengayuh basikal.  Nda lagi payah dipegang.  Pandai sudah membelokkan tayarnya ke kiri dan ke kanan bahkan sama laju dengan kakaknya mengayuh.  Tapi kalau diliat hampir-hampir mungkin akan ketara caranya mengayuh cuma separuh-separuh yakni inda di'ingkol' sepenuhnya. 
 
Sebenarnya kami mula-mula hajat kan hantar tayar basikal kakaknya yang pancit.  Seperti biasa, bila sudah Raziqin ikut turun ke kedai mesti nda ya mahu balik kalau ada yang dihajatinya belum sampai.  Ada basikal kecil sudah dihampirinya dengan muka 'iski' tarus-tarus bercakap 'wah basikal adik!'.  Tapi aku cuba memujuk dengan memberitahu yang basikal atu terlalu tinggi, kaki adik belum sampai.  Orang kedai yang mendengar membalas "tak apa, kami boleh adjust tu tempat duduknya supaya rendah!" hahaha nda dapat lagi kan cakap apa.  Tambah lagi Raziqin dibawa keluar pun nda mau berganjak dari basikal yang dimahuinya.  Waduh, kan usai tayar nda sampai $10.00 jadi terpaksa tah jua keluar $90.00!
 
Insya Allah kalau sempat kan bawa anak-anak ke taman permainan esok =)

Rabu, 10 Oktober 2012

#3

Assalamualaikum, terasa sudah lama inda update blog ku ani sejak hujung bulan puasa hari atu.
 
3 Oktober hari jadiku =)  bisai aku upload gambar baru.  Bukan gambar hari jadiku tapi gambar anakku Raziqin memegang 'plak penanda meja' no 3 kebetulan baju yang dipakainya jua no 3 hehe.  Kebetulan banar.

 

Rabu, 11 Julai 2012

suatu perjalanan..


Abis kita pernah melihat bangunan di atas?  Nah, kalau ke Bandar Seri Begawan mesti terjumpa Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) yang terletak berhadapan dengan Taman Sir Muda 'Omar Ali Saifuddien dan diseberangnya Pejabat Besar Pos.  Gambar diatas cuma gambar sisi sahaja, sebenarnya aku cuba hendak focus nama bangunan tetapi tak nampak sangat.  Bangunan ani merupakan salah satu bangunan lama tetapi masih lagi dalam keadaan yang baik.

Setiap hari aku akan melintas di bangunan ani hendak menuju ke tempat kerja.  Kereta aku parkir kan di hadapan Bangunan SUK dan berjalan kaki.  Tempat kerja ku dekat saja, dibelakang Bangunan SUK.  Tapi kereta haruslah ada pelekat kereta yang khas supaya tidak dilayangkan saman oleh penjaga letak kereta Jabatan Bandaran. Untuk yang tidak ada pelekat tersebut jangan lupa beli kupon parking kemudian gores dan pamer.

Berjalan kaki ke tempat kerja, macam-macam perkara yang dapat ku lihat.  Kadang-kadang terjumpa anjing tidur, oleh kerana takut terpaksa aku berpusing cari jalan lain hehe.  Entah macam mana buleh ada anjing di kawasan bandar?..  Kadang-kadang bila hujan lebat, kebetulan tidak bawa payung, terpaksalah menunggu hujan teduh sedikit baru ke kereta.

  

Bulan lepas, dalam perjalanan menuju ke kereta selepas pulang dari kerja, dari jauh aku ternampak seperti barang pecah.  Semakin dekat aku lihat bekas lampu pecah.  Rupanya lampu syiling jatuh dan masih tergantung didinding.  Kacanya bertaburan dilantai.  Mujur tidak ada sesiapa yang cedera ketika ianya jatuh.


Tetapi ianya pulih seperti biasa seperti gambar di atas.

Dan yang terbaru aku terjumpa satu notis bertulis tangan yang dilekatkan di dinding bersama satu botol.


    

 Ayat dari notis dalam kertas berbunyi:

"Please, dont throw your cigarettes filter on the floor or in the water drainage. /
Tolong jangan buang filter sigup dilantai atau dilongkang 
dari: Pembersih"

Ayat yang ditulis di atas botol berbunyi:

"Pls throw your cigarettes filter here"


Aku pasti pembersih berkenaan sudah "ngalih" (letih) memutik (memungut) pontong-pontong rokok yang dibuang merata-rata di bangunan tersebut oleh orang-orang yang ikut melintas di sana.

Sampai sini saja dulu, lain kali lagi aku cerita yang lain pula :D

Rabu, 4 Julai 2012

Mau nenen!

Baru sekejap tadi kakak ku telefon bertanyakan sesuatu.  Selepas berbual, kakak ku memberikan gangang telefon kepada Raziqin "nah mummy Raziq..".  Tau apa cakapnya?  Tarus-tarus Raziqin cakap "nenen (susu)".  Doi kesian. Tadi tenghari aku inda sempat jumpa, karang petang pasti akhir sampai ke rumah.  "mummy di ofis lai, keraja, karang saja aa".  Baik jua inda ada bunyinya menangis!  Tapi selalunya ada Raziqin me'nelefon' "mummy balik" & macam-macam lagi cakapnya yang pintar.

Ada saat lucu bila suatu hari, pagi-pagi baru bangun tidur Raziqin buat lawak "mummy mau nenen!" sambil tangannya meletakkan mainan "bee"nya ke badan seperti lagak menyusukan!.....Ketawaku tarus dan dalam hati bercakap ada-ada saja jua anakku ani :D tarus aku ambil gambar hehe.

Selasa, 26 Jun 2012

Cheese Cake.


Seperti yang ku janjikan, kali ani aku akan kongsikan resepi cheese cake yang simple, bukan saja bahan-bahannya ringas tetapi cara membuatnya juga senang.

Bahan-bahan

(a)    Sweet Digestive Biscuits = 20-25 keping

Mentega Cair = ½ cawan

(b)    Cream Cheese (Philadelphia) = 2 kotak

Telor = 2 biji

Gula kastor = ¾ cawan

(c)    1 Tin jelly
 

Cara-caranya:

1)      Sediakan bahan (a)

Tumbuk biskut sampai hancur. Kemudian dicampurkan dengan mentega cair.  Tekankan adunan atas takir sebagai lapisan dibawah.  Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

2)      Pukul Cream Cheese sampai kembang + gula + telor.  Mix sampai kembang.

3)      Masukkan adunan (b) di atas adunan (a) tadi sebagai lapisan di atas.

4)      Bakar dalam 35-40 minit / 200c

5)      Setelah masak, sejukkan di bawah kipas dalam 10 minit.

6)      Akhir sekali sapukan satu tin jelly di atas kek tadi. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.


Selamat mencuba.

Khamis, 21 Jun 2012

15hb. Jun 2012, Rasyiqah 8th.

Tahun ani Rasiqah sudah 8 tahun!.

Petang atu aku sempat buat cheese cake untuk mainkan iQah.  "mama nda beli kek di kedai tapi mama buat dirumah saja" hehe nasib baik ada resepi kek yang simple dan senang dibuat.  Sedang kanak-kanak termasuklah Raziqin sibuk bermain bouncer diluar, aku buat kek didapur sambil di'bantu' oleh suamiku.





Tapi ingau ati ku meliat yang ikut bermain bouncer atu besar-besar badan bisdia, jadi aku bawa keluar 'pool' mandi Raziqin dan biarkan ya bermain dalam kolam kecil saja. Kecut jua jari-jarinya baru tah mau disuruh balik kerumah!.

Dibawah ani gambar kek cheese yang sudah siap dibakar, tinggal untuk dihias dan dimasukkan dalam peti sejuk.  Aku sediakan dua adunan, sais besar dan kecil diletakkan bertingkat di atas jem bluebeery.  



Dengan bantuan suami, kek dihias dengan kacang berwarna hehe untuk beri ceria kami pakai kacang berwarna oren, hijau dan merah.

Sementara menunggu kek mejadi beku, kami suami isteri pergi ke kedai kek LoF di Serusop mengambil kek yang sudah kami tempah.  Memandangkan kami mau gambar Ana Muslim tetapi belum ada yang menempah disana, kami dinasihatkan untuk membawa contoh gambar untuk di'scan'.  Aku pun membawa gambar kad projek hari raya tahun lepas hehe nasib baik masih ku simpan.




Sebelah malam kami mengadakan majlis doa selamat untuk hari jadi Rasyiqah secara kecil-kecilan.  Dan tiba saat meniup lilin dan memotong kek, kelihatan anakku macam sedih.  Mungkin dalam hatinya "doi kek biasa saja nada kek special....".  Tapi sudah dikejutkan ada kek Ana Muslim, baru tah ya senyum :D






Rasyiqah senyum-senyum malu ada kek yang dilihatnya ada gambar yang pernah dijadikannya Projek sekolah untuk hari raya tahun lepas.


Ani gambar cheese cake yang ku buat.  Terlalu manis bila ku makan bersama jem blueberry atu.  Nanti insya Allah aku kongsi resepinya akan datang.

Untuk anaknda, Rasyiqah - mama, babah, adik dan semua keluarga mendoakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sehat selalu, pintar belajar, hormat orang tua, taat beragama dan sentiasa maju dalam pelajaran, Amin Ya Rabbal Alamin!

Rabu, 6 Jun 2012

Mei 2012 - Hari Keluarga Kebangsaan.

Assalamualaikum,

Ku perhatikan stail blogku sekarang ani macam posting secara "lumpsum" untuk satu-satu bulan tertentu hehe tapi baik ada daripada inda ada langsung.

Bulan Mei 2012 telah di"isytihar"kan sebagai Hari Keluarga Kebangsaan di Negara Brunei Darussalam yangmana pelbagai aktiviti dijalankan di setiap Daerah pada setiap minggu dengan tema "Keluargaku Harapanku".

Bulan lima ani kebetulan bulan kelahiran anaknda kami Raziqin yang ke dua tahun, kelahiran anak pertama untuk adikku, majlis menanam tiang sari rumah kami dan dua acara hari jadi seolah-olah kami jua ikut serta dalam sambutan hari keluarga kebangsaan. 

5 Mei 2012 (Sabtu)


Sebagai ibu bapa kami merasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana anak-anak kami sehat.  Raziqin hari demi hari makin pintar berceloteh dan meniru cakap atau tingkah laku siapa saja yang dilihatnya terutama dari televisyen.  Tahu ya kan pelakon rancangan SuperSpontan walaupun dalam rancangan lain - "zizan zizan" "sotan" katanya untuk super spontan.  Pandai sudah mengenal binatang dalam bahasa inggeris, ingat akan jenama kereta yang ada dirumah - bila ditunjuk kereta siapa tu? Raziqin akan menjawab kereta ngangah, kereta nene, kereta babu dll. Tapi Raziqin inda mau makan nasi, selesa makan ayam, sosej dan sayur dan suka minum air suam.  Kalau diberi air berwarna seperti oren atau manisan, geleng-geleng kepala sambil bercakap "Manis".  Perkataan yang sering dituturkannya ialah "PAYAH" atau "NDA PAYAH" dan yang penting membaca Bismillah dengan nyaring tapi part doa sebelum makan, ganya mulutnya kumat kamit hehehe.

15 Mei 2012 (Selasa)


Baby perempuan ani anak pertama pasangan suami isteri iaitu adikku.  Si kecil ani merupakan cucu perempuan kedua selepas anakku, Rasyiqah.  Selama ani seorang saja anakku perempuan, tiada kawan kan bermain.  Bila diberitahu babunya dapat baby girl, apa lagi gembira sakan anakku.  Nah dapat kawan bermain katanya.  Tapi bila dipikir logik, jarak 8 tahun mestilah anakku sudah remaja hehe nada lagi kan main masak-masak atau main barbie doll!

25 Mei 2012 / 4 Rejab 1433 (Jumaat)



Di atas antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa Majlis menanam tiang seri rumah kediaman kami di Mukim Sengkurong dan Insya Allah dijangka siap awal tahun depan.  Mudah-mudahan mengambil sukut baik bulan Rejab, segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan semua proses pembinaan akan dapat dilakukan dengan sempurna dan teratur dan semoga hasilnya adalah sepertimana yang kami harap-harapkan, Amin Ya Rabbal Alamin dan harapan semoga semua urusan dipermudahankanNya jua!

30 Mei 2012 (Rabu).


30 Mei 2012 hari jadi anak kepada kakak ku, kami mengadakan acara kecil-kecilan dengan doa selamat dan memotong kek untuk birthday boy.  "Babu Dayang dan keluarga mendoakan semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sehat selalu, berjaya dalam pelajaran, kurang 'gauk' dan semakin berakal :) Amin!

31 Mei 2012 (Khamis).


Kami balik ke Temburong pada hari kelepasan awam, iaitu sempena Hari Ulang Tahun ABDB.  Kebetulan salah seorang abang iparku menyambut hari jadinya, kami bersama ibu dan bapa mertua, adik dan abang ipar menunaikan solat magrib dan isyak berjemaah dan membaca Surah Yaasin.  Apabila anak-anak (cucu) kami kumpul semua bermacam-macam ragam bisdia!

Sampai sini saja dulu, insya Allah berjumpa lagi.