Jumaat, 22 Mac 2019

1 Baju 1 Senyuman


Baru-baru ani ku received dari wassap group famili gambar dan video mengenai projek amal 1 baju 1 senyuman bagi sama-sama membantu anak-anak yatim.  Projek amal ani diharap untuk sama-sama berkongsi kegembiraan sempena bulan Ramadhan yang inda lama lagi akan menjelang tiba diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri yang semestinya sangat ditunggu-tungu oleh kanak-kanak.

Setiap tempahan baju cara melayu atau baju kurung, satu pasang baju akan diberikan kepada anak yatim secara percuma hasil tempahan kitani.  Bisai tah meliat video ani untuk pemahaman biskita.


Bazaar amal ani akan berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2019 bertempat di Dewan Muhibbah, Berakas, Negara Brunei Darussalam mulai jam 8 pagi hingga 6 petang.

Silalah berkunjung ke bazaar amal berkenaan untuk sama-sama meraih pahala dan meliat-liat manatau ada barang yang biskita berkenan 😊

Ok sampai sini saja dulu, bye 🤓

Rabu, 20 Mac 2019

Main kikik di TMJE


Minggu lepas, buat pertama kalinya diadakan di Negara Brunei Darussalam Festival Layang-Layang (Kikik) Antarabangsa bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas selama satu minggu mulai 13hb hingga 19hb Mac 2019.  Ianya diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Brunei yang ke 35.

Orang Brunei lebih sinonim perkataan kikik untuk layang-layang yang seingat ku kebanyakannya memerlukan buluh yang diraut halus sebagai 'frame' kikik, kertas dan tali tangsi.  Ada yang menggunakan pecahan halus kaca yang dicampur bersama gam yang disapu diatas tali tangsi, ani untuk memutus tali tangsi kikik lawan.  Orang yang karak main kikik ganya faham ni kepuasan yang dirasai bila berjaya memutuskan tali tangsi kikik orang lain hehhe, sukalah tuu.

Hari minggu lepas Baginda Sultan telah berangkat merasmikan Festival Kikik yangmana Baginda bersama kerabat Diraja yang lain turut bermain kikik.

Kami sekeluarga ambil peluang untuk turun ke Bandar Seri Begawan sebelah tengahari sebab kami tahu pagi atu gerenti ramai orang yang datang. Lepas makan lunch kami belurih parking berdekatan dengan Masjid Omar Ali Saifudden.  Sementara menunggu suami ku solat di Masjid, aku membawa Raziq turun melihat kikik dari kawasan masjid.



Dari jauh macam gula-gula warna warni berterbangan di langit.




Aku membawa Raziq naik ke Bahtera yang berada di tengah Tasek. Bolelah nampak jua kikik yang macam lipan tapi Raziq mau melihat lebih dekat lagi.  Kami pun berjalan kaki menuju ke Taman Mahkota Jubli Emas yang lebih jua dikenali dengan Taman Eko Koridor.  Baik jua hampir tapi oleh kerana cuaca panas terik terasa jua ngalihnya berjalan atu.  Ramai orang waktu atu datang bersama keluarga, ada yang berbasikal, ada yang menyurung stroller.  Mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga semasa cuti sekolah.


Kami berpayung pasal tahu dikawasan lapang atu inda ada tempat untuk berteduh. fuhh berpeluh jua badan haha.  Pelbagai bentuk kikik melayang disana, bentuk kucing, kereta Bumblebee, kikik bendera Brunei, macam sotong pun ada.  Tu yang kepala warna kuning atu Aladin.  Tapi berat badannya eatah inda berapa tinggi naiknya di udara.



Ada kikik jua turut dijual waktu atu.  Kami beli satu yang harganya $5 untuk Raziq main.




Raziq sama babahnya sedang berusaha untuk menaikkan kikik, yang warna rainbow disebelah kanan atu Raziq yang punya🤗



Waah challenging jua main kikik ani.  Sangal leher kata Raziq haha.  Nda lama ya bermain pasal matanya kesilauan.  Orang yang tahan hati saja ni suka main kikik. Mesti sabar dan kuat semangat.  Kalau nada angin mana mau tu naik kikik so mesti sabar.

Okey, sampai jumpa lagi 🙋


Selasa, 12 Mac 2019

ice-cream 'pembuli' 😅



Dia main-main pulakk, nasib baik Raziq atu penyabar 🤗.  


Video masa ke KL tahun lepas, sampai hajat membawa Raziq mencuba icecream yang selalu kedia meliat orang kena buli, ani kedia yang dipermainkan.  Aku nda mau cuba takut hilang sabar 😜

Nanti kalau senang dan panjang umur, ku upload pic masa di KL melawat Aquaria dan Rumah Terbalik.

Sampai sini saja dulu...

.
.
.
aku kn makan ubat batuk 🤒

Ahad, 10 Mac 2019

Teka silang kata produk Temburong



Awal bulan Disember tahun lepas, Jabatan Daerah Temburong ada membuat expo produk-produk daerah berkenaan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Antara fun-game yang diselitkan semasa expo atu ialah teka silang kata tempat dan produk-produk Daerah Temburong.  Siapa yang berjaya mencari dalam masa 1 minit kah atau 1 saat (aatuu laju hahaha) akan diberikan hadiah.

Cuba abiskita cari dalam gambar atu apa saja yang biskita tau nama tempat dan produk Daerah Temburong.  Bayangkan saja huruf yang biskita mau di belakang gambar anak ku atu hehe.


Masa expo atu ada disediakan satu sudut untuk bergambar seolah-olah kitani sedang berada di hutan Daerah Temburong.  Raziq malu-malu kan digambar hehe "laju mi", malu ya kena liat oleh orang kuai lintas 🤗

Ok sampai jumpa lagi, bye 🙋

Jumaat, 8 Mac 2019

Bekarih, Bejarih, Belurih - 3B

Assalamualaikum.

Salam Jumaat, hari ani 8hb Mac 2019 dan bulan Islam sudah masuk 1hb Rejab 1440. Inda terasa, Ramadhan nda lama lagi akan datang.  Mudah-mudahan kitani dipanjangkan umur bertemu Ramadhan tahun ani lagi, Aamin Ya Rabbal Alamin.

Hari ani ada sikit masa untuk update blog 😊 (dari pagi ke ptg ke malam hehe alum terpublish 😆 edit, save, edit lagi hahaha).

Slogan untuk persuratan Jabatan-jabatan Kerajaan bagi bulan Mac 2019 ialah "Berjarih, Berkarih dan Belurih, Kunci Kejayaan Bangsa dan Negara".

3B atu selalu orang Brunei gunakan untuk men'describe' orang yang rajin, bersemangat dan ayat simplenya ialah siapa yang berusaha, dia yang mendapat hasilnya! 😀

Salah seorang adik iparku boleh ku katakan mempunyai 3B atu. Kedia mengambil upah menjahit sarung bantal, samada sarung saja atau sarung bantal yang terus diisi kapok.






Ani antara sarung bantal yang pernah ku tempah yang inda perlu kapok.

Adik ku pernah jua mengupah untuk bantal anak-anaknya terus diisi kapok. jenis macam bantal palok.



Adik ipar ku juga pandai membuat cenderahati.


Simple tapi perlu kerajinan dan sabar 🤗

Kedia banyak belajar dari facebook dan youtube barangkali.  Anak perempuannya juga ada membuat pin tudung tapi aku inda ada gambarnya untuk ditunjukkaan disini.

Sejak tahun lepas kalau inda silap, adik iparku mula bisnes iceblended dengan nama WINMAN ICEBLENDED dikawasan perumahan bisdia di Kg Perpindahan Rataie, Daerah Temburong.




 Raziq sama kakaknya apa lagi, suka lah hati kkena dulur makan iceblended!


Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mudahan, adik iparku akan sentiasa bersemangat dan dilimpahi rezeki mereka sekeluarga berkat rajin berusaha. Aamin Ya Allah, Aamin.

Isnin, 4 Mac 2019

7 tahun menghilang...

Assalamualaikum, pembuka kata.

Hampir 7 tahun sudah blog ani "tidur".

Mudah-mudahan tahun 2019 ani ada semangat sikit untuk rajin update blog ani, sekurang-kurangnya "throwback" 7 tahun kebelakangan pun jadi tah.

Untuk post pertama cerita pasal cenderahati hand made, bukan aku yang buat hehe tapi salah seorang anak tempatan yang bergiat dalam pertukangan tangan. Woodworkplay nama IG nya.


Aku pernah menempah beberapa cenderahati sempena Sambutan Hari Guru sekolah anak-anakku. Tetapi nda lagi ku ingat harganya.


Ok, banyak sudah yang ku lupa macam mana untuk upload gambar dari hp. Kial-kial behunjaa takut karang inda tetidur malam ani lalai editing punya pasal haha

Kepada yang interested untuk menempah cenderahati dari Woodworkplay, boleh lah ke ignya yang ku nyatakan di atas.

Bye, selamat malam dan jumpa lagi.