Jumaat, 22 Mac 2019

1 Baju 1 Senyuman


Baru-baru ani ku received dari wassap group famili gambar dan video mengenai projek amal 1 baju 1 senyuman bagi sama-sama membantu anak-anak yatim.  Projek amal ani diharap untuk sama-sama berkongsi kegembiraan sempena bulan Ramadhan yang inda lama lagi akan menjelang tiba diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri yang semestinya sangat ditunggu-tungu oleh kanak-kanak.

Setiap tempahan baju cara melayu atau baju kurung, satu pasang baju akan diberikan kepada anak yatim secara percuma hasil tempahan kitani.  Bisai tah meliat video ani untuk pemahaman biskita.


Bazaar amal ani akan berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2019 bertempat di Dewan Muhibbah, Berakas, Negara Brunei Darussalam mulai jam 8 pagi hingga 6 petang.

Silalah berkunjung ke bazaar amal berkenaan untuk sama-sama meraih pahala dan meliat-liat manatau ada barang yang biskita berkenan 😊

Ok sampai sini saja dulu, bye 🤓

Tiada ulasan:

Catat Ulasan