Selasa, 30 Ogos 2011

posto~posto.

Assalamualaikum, lama banar udah nda aku bercerita disini.  Hari raya pun sudah dekat, mungkin esok atau lusa :D

Sekarang ani aku sedang sibuk menjawab dan menyediakan kad raya untuk dikirim bagi pihak 'my bos' hehe. Aku sendiri nda ada perancangan hendak menempah atau membeli kad raya.  Melalui 'facebook' atau sms saja.


'My bos' beri wang untuk membeli stamp dan aku juga masih ada baki stamp tahun lepas.  Idea dari my colleague untuk menggunakan span yang disimpan dalam bekas berisi sedikit air - stamp ditekan perlahan-perlahan untuk membasahi permukaan bawahnya bagi memudahkan untuk melekatkan stamp diatas sarung surat. 

Aku suka melihat stamp sempena Anniversary 40 Tahun ASEAN.  Stamp berkenaan mengambarkan ibu pejabat kerajaan dan tempat-tempat menarik di negara-negara ASEAN seperti Bangunan Setiausaha Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Vimanmek Mansion, Bangkok, Thailand, National Museum of Cambodia, Presidential Palace Ha Noi, Vietnam dan yang lainnya.


Aku ada menerima satu kad raya daripada rakanku yang mengandungi pantun, sungguh kreatif.  Bunyi pantunnya:

Kanak-kanak bemain marcun,
Jangan saja bebalang ditangan,
Masa Hari Raya ani kitani beimpun,
Bejarah-jarah bejabat tangan.

Sampai sudah di Hari Raya,
Selepas kitani sebulan bepuasa,
Disambut gumbira di pagi Hari Raya,
Jangan inda ingat pada yang berduka.

Kanak-kanakan bemain tambi,
Bemain tambi di bawah beranda,
Sambil kitani memuji namaMu Ya Rabbi,
Panjatkan do'a pada yang sudah tiada.

Negara Brunei Darussalam aman sentosa,
Amat terkenal diseluruh dunia,
Maaf mun ada tekasar bahasa,
Kami seluruh warga Bahagian .....,
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~ Maaf Zahir Batin ~


Saya ingin mengambil kesempatan disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin.  Semoga hari raya ani kitani bermaaf-maafan dan saling mengeratkan silaturahim.

Isnin, 8 Ogos 2011

1hari di bulan Ramadhan.

Hari Ahad, 7 Ogos 2011 kami sekeluarga dan seorang adik ipar ku pergi keluar negeri, tak jauh, ke Bandar Limbang sahaja hehe dan terus menyeberang ke Temburong.

Kami memulakan perjalanan lewat sedikit, bertolak dari rumah jam 10.52 pagi, sempat singgah di ATM di kawasan Batu Satu dan singgah mengisi minyak di stesyen minyak di Junjongan.  Tiba di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah (maaf, aku lupa merekod jam berapa waktu atu) walaupun ada 4 hingga 5 buah kereta dihadapan kami, itu tidak menjadi masalah.  Alhamdulillah, perjalanan lancar. Raziqin tidor, sedangkan kakaknya banyak cakap, maklumlah dia tidak puasa. Balik-balik komplen sakit gigi, gusinya bengkak.

Suami singgah di Bandar Limbang untuk membayar bil Astro.  Kami hanya menunggu dalam kereta dan kebetulan azan Zohor berkumandang dari radio, Rangkaian Pelangi 91.4fm.  Kata anakku Rasyiqah "ma, boleh aku sungkai minum sahaja" katanya ia puasa setangah hari sahaja padahal memang jua ia tidak puasa.  Sebenarnya hari Jumaat lepas, iQah puasa 1 hari penuh :D walau kelihatan dalam kepayahan tapi hari ani rasanya dia tidak sanggup puasa kerana sakit gigi.

Kami meneruskan perjalanan dari Bandar Limbang hendak menuju ke Batang Pandaruan.  Sekitar jam 1 petang kami sampai di kawasan menunggu feri menyeberang ke Temburong.  "3 minit sampai ke rumah ni" kata suamiku.  Jalan raya di Daerah Temburong dalam keadaan baik dan rumah pun belum lagi memasuki kawasan Bandar Bangar....mana inda 3 minit!

Sampai di rumah, kebetulan mertua ku ada.  Iqah suka hati sebab sepupunya ada jadi teman bermain dengan kucing, si memel namanya.  Raziq belum 'charging', maklumlah jarang balik kampung, belum lagi membiasakan diri.  Tapi sudah lama-lama, lemah jua kaki 'menguyung'nya (mengejar) hehe.



Hendak ikutkan hati mau jua bersungkai di sana tetapi takut nanti sekiranya panjang Q di feri atau di pos kawalan, akhirlah sampai balik ke rumah jawabnya!  Jadi sebelum kami balik, kami singgah ke Gerai Ramadhan di kawasan Bandar Bangar dan beli kuih mueh, rojak, tauhu sumbat, begedel, burger - banyak bunyinya.


Kami balik sekitar jam 4 petang dan berbaris menunggu naik feri jam 4.12 petang.  "Nasib baik nda panjang Q!".  Ingau jua hati manalah tahu barisan kereta di Pos Kawalan Imigresen Tedungan atau Pos Kawalan  Imigresen Kuala Lurah nanti panjang....aku nda mau sungkai dalam kereta, nda selesa.


Gambar di atas aku ambil semasa menunggu giliran untuk mencop pasport di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, emmm tadi di sebelah Limbang tidak perlu menunggu :) Aduh dalam hati berkata janganlah sampai 'terkandas' lama-lama di sana kerana ku dengar pos imigresen akan ditutup jam 6 petang.  Alhamdulillah, cepat jua rupanya hehe dan sekali lagi aku lupa merekod waktu kami selesai mencop pasport kerana bergegas hendak mencari gerai Ramadhan untuk membeli juadah persungkaian terutama sekali air. 

Di sepanjang perjalanan kami tidak berkesempatan hendak singgah jadi akhirnya kami ke Gerai Ramadhan di Pasar Malam Gadong.  Ramai orang dan kereta pun susah hendak cari parking jadi hanya suamiku turun sementara aku jadi 'driver' dan adik iparku menjaga Raziqin.  Dalam perjalanan menuju ke rumah sempat aku telefon adiku supaya meng'on' lampu, kipas dan aircond di rumah ku memandangkan lagi 10 minit hendak waktu azan Maghrib.  Dan sekali lagi Alhamdulillah, kami sampai 'berlabuh' dirumah sebelum azan dan masih sempat menyediakan juadah sungkai kami.

Waah, satu hari yang meletihkan.  Tadi sempat makan telor angsa rebus.  Kata iQah 'giant egg'.  Aku baru pernah makan dan rupa-rupanyanya sedap!  Hmm cuma ada satu biji sahaja pemberian bapa mertuaku.  Jadi aku makan berkongsi dengan anakku, iqah, babahnya sudah pernah makan di Temburong.  Bapa mertuaku memelihara jadi tak ada masalah nanti-nanti lagi minta hihi.


Bah singgan sini saja, nanti lagi kitani jumpa, Insya Allah.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Ramadhan datang lagi.

Alhamdulillah.  Syukur dapat bertemu Ramadhan 1432, mudah-mudahan dipermudahkan bagi kami sekeluarga untuk menjalani ibadat puasa dan ibadat-ibadat lainya dengan sabar dan dikurniakan pahala berlipat-lipat ganda jua, Amin.

Bulan Ramadhan di Negara Brunei Darussalam pada tahun ani jatuh pada hari Selasa, 2 Ogos 2011.  Pada mulanya kami sekeluarga bercadang hendak balik ke Temburong dan singgah di Limbang tetapi kami batalkan selepas menerima sms dari ibuku yang 'melagau' (menjemput) bersungkai di rumah petang itu.  Dalam kepalaku berpikir apalah nak dibawa untuk juadah bersungkai nanti. 

Suami yang memang pandai memasak, iski hendak memasak ikan selongsong masak merah campur acar dalam botol dan buat coktail aiskrem. Aku yang tidak berapa pandai memasak ani hanya sempat memasak sayur kacang panjang sahaja.  Aku tahu anakku Raziq suka makan hehe.

Rupa-rupanya mama melagau sungkai beramai-ramai terus untuk menyambut hari jadi adikku.  Ooh, patutlah ramai, nenek pun ada.  Kalau sudah ramai-ramai semestinya menu bersungkai pun jadi banyak.  Tetapi oleh kerana aku sakit kepala jadinya aku hanya makan mee goreng dan icecream coktail sahaja.  Ikan selongsong yang aku taisliur hendak makan semasa suamiku memasak pun tidak sempat aku jamah hehe sakit kepala banar sampai terpaksa aku menelan dua biji panadol.  Tapi aku 'modified' icecream coktail dengan memasukkan beberapa biji anggur dan pecahan buah sikoi (tembikai) untuk menambah liur ku kan makan :)








Kepada adikku, Zulhelmi "happy bday JUL! Mudahan berkah bulan Ramadhan ani rezeki makin bertambah dan dkurniakan cahayamata, bertambah kasih syg dsamping isteri tsyg. amin ya Rabb!" 
Sampai jumpa lagi.