Isnin, 8 Ogos 2011

1hari di bulan Ramadhan.

Hari Ahad, 7 Ogos 2011 kami sekeluarga dan seorang adik ipar ku pergi keluar negeri, tak jauh, ke Bandar Limbang sahaja hehe dan terus menyeberang ke Temburong.

Kami memulakan perjalanan lewat sedikit, bertolak dari rumah jam 10.52 pagi, sempat singgah di ATM di kawasan Batu Satu dan singgah mengisi minyak di stesyen minyak di Junjongan.  Tiba di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah (maaf, aku lupa merekod jam berapa waktu atu) walaupun ada 4 hingga 5 buah kereta dihadapan kami, itu tidak menjadi masalah.  Alhamdulillah, perjalanan lancar. Raziqin tidor, sedangkan kakaknya banyak cakap, maklumlah dia tidak puasa. Balik-balik komplen sakit gigi, gusinya bengkak.

Suami singgah di Bandar Limbang untuk membayar bil Astro.  Kami hanya menunggu dalam kereta dan kebetulan azan Zohor berkumandang dari radio, Rangkaian Pelangi 91.4fm.  Kata anakku Rasyiqah "ma, boleh aku sungkai minum sahaja" katanya ia puasa setangah hari sahaja padahal memang jua ia tidak puasa.  Sebenarnya hari Jumaat lepas, iQah puasa 1 hari penuh :D walau kelihatan dalam kepayahan tapi hari ani rasanya dia tidak sanggup puasa kerana sakit gigi.

Kami meneruskan perjalanan dari Bandar Limbang hendak menuju ke Batang Pandaruan.  Sekitar jam 1 petang kami sampai di kawasan menunggu feri menyeberang ke Temburong.  "3 minit sampai ke rumah ni" kata suamiku.  Jalan raya di Daerah Temburong dalam keadaan baik dan rumah pun belum lagi memasuki kawasan Bandar Bangar....mana inda 3 minit!

Sampai di rumah, kebetulan mertua ku ada.  Iqah suka hati sebab sepupunya ada jadi teman bermain dengan kucing, si memel namanya.  Raziq belum 'charging', maklumlah jarang balik kampung, belum lagi membiasakan diri.  Tapi sudah lama-lama, lemah jua kaki 'menguyung'nya (mengejar) hehe.



Hendak ikutkan hati mau jua bersungkai di sana tetapi takut nanti sekiranya panjang Q di feri atau di pos kawalan, akhirlah sampai balik ke rumah jawabnya!  Jadi sebelum kami balik, kami singgah ke Gerai Ramadhan di kawasan Bandar Bangar dan beli kuih mueh, rojak, tauhu sumbat, begedel, burger - banyak bunyinya.


Kami balik sekitar jam 4 petang dan berbaris menunggu naik feri jam 4.12 petang.  "Nasib baik nda panjang Q!".  Ingau jua hati manalah tahu barisan kereta di Pos Kawalan Imigresen Tedungan atau Pos Kawalan  Imigresen Kuala Lurah nanti panjang....aku nda mau sungkai dalam kereta, nda selesa.


Gambar di atas aku ambil semasa menunggu giliran untuk mencop pasport di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, emmm tadi di sebelah Limbang tidak perlu menunggu :) Aduh dalam hati berkata janganlah sampai 'terkandas' lama-lama di sana kerana ku dengar pos imigresen akan ditutup jam 6 petang.  Alhamdulillah, cepat jua rupanya hehe dan sekali lagi aku lupa merekod waktu kami selesai mencop pasport kerana bergegas hendak mencari gerai Ramadhan untuk membeli juadah persungkaian terutama sekali air. 

Di sepanjang perjalanan kami tidak berkesempatan hendak singgah jadi akhirnya kami ke Gerai Ramadhan di Pasar Malam Gadong.  Ramai orang dan kereta pun susah hendak cari parking jadi hanya suamiku turun sementara aku jadi 'driver' dan adik iparku menjaga Raziqin.  Dalam perjalanan menuju ke rumah sempat aku telefon adiku supaya meng'on' lampu, kipas dan aircond di rumah ku memandangkan lagi 10 minit hendak waktu azan Maghrib.  Dan sekali lagi Alhamdulillah, kami sampai 'berlabuh' dirumah sebelum azan dan masih sempat menyediakan juadah sungkai kami.

Waah, satu hari yang meletihkan.  Tadi sempat makan telor angsa rebus.  Kata iQah 'giant egg'.  Aku baru pernah makan dan rupa-rupanyanya sedap!  Hmm cuma ada satu biji sahaja pemberian bapa mertuaku.  Jadi aku makan berkongsi dengan anakku, iqah, babahnya sudah pernah makan di Temburong.  Bapa mertuaku memelihara jadi tak ada masalah nanti-nanti lagi minta hihi.


Bah singgan sini saja, nanti lagi kitani jumpa, Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan