Jumaat, 21 Jun 2013

Warna-warni bunga di taman.


Rajin Raziqin siram bunga hehe pagi-pagi alum mandi lagi udah ya menyiram bunga.  Sekalinya rajin jua tu.  Sebelum ani abis aing disimburnya pakai hos.

Sudah berumah baru ani pandai tia kami membali bunga, tanah dan anak buah.  Nasib baik kawasan kami tinggal ada yang berjual-jual bunga, tanah masak dan lain-lain.  Aku apa lagi pilih bunga yang sudah besar dan lebat bunganya hehe nda batah menunggu banyak bunga.  Bunga kertas sepasu ada yang berharga $25.00. Anak bunga siantan sepelastik kecil $3.00, kalau hendak buat bunga pagar sepanjang 'driveway' haruslah banyak lebih dari 10!  Baru ku tau mahal jua harga bunga-bunga ani.  Tapi kan membari bisai halaman tepaksa tah mengeluarkan duit jua kan.  Baru ada warna-warni dihadapan rumah.

Tapi kalau mahal banar tepaksa minta dari mama saja lah jawabnya nanti hehehehe.

Khamis, 13 Jun 2013

Alhamdulillah, rumahku syurgaku :)

Assalamualaikum. Lebih 6 bulan sudah inda aku update blog ani sibuk salah satu alasannya.

Sebenarnya, banyak cerita kan ku kongsi disini tapi aku kan kongsikan berita gembira ------>"Kami sekeluarga sudah pindah ke rumah baru!!"

Alhamdulillah, mengambil sukut baik Israk Mikraj, kami sekeluarga dengan rasminya masuk kerumah baru pada subuh hari Khamis, 6 Jun 2013.  Dalam keadaan cuaca yang mengizinkan, sunyi dan damai, kami sampai ke rumah beberapa minit sebelum masuk waktu Sembahyang Subuh dengan diiringi bacaan doa pindah rumah dan diikuti dengan sembahyang farhdu subuh berjemaah. Sebelah malamnya pula, kami mengadakan sembahyang farhdu Isyak berjemaah dan diikuti doa kesyukuran di kalangan ahli keluarga sahaja.



Kami berdoa mudah-mudahan dengan izin Allah Subhanahu Wat'ala jua, kami mohon semoga Allah akan mengurniakan kepada kami kemurahan rezeki, kesehatan yang berpanjangan kepada ahli rumah kami, segala macam kebaikan dan keberkatan daripadaNya jua.  Mudah-mudahan kami akan terpelihara daripada keburukan dan terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Amin Ya Rabbal Alamin.




Jumpa lagi, insya Allah :)