Isnin, 28 Jun 2010

RasyiQah 6Tahun part II

Sebelum meneruskan posting kali ani, bagi pihak RasyiQah, ingin aku mengucapkan terima kasih kepada adik ku, Murshidi yang sudi belanja kek dan ayam KFC sempena Hari Jadi iQah yang ke 6 tahun pada Khamis, 17hb. Jun 2010.

Adik ku menelefon memberitahu ada membeli kek dan ayam KFC.  Memandangkan adik ku bekerja esok iaitu hari Jumaat, 18hb. Jun yangmana kami akan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Hari Jadi RasyiQah, katanya kedia belanja malam atu saja.  iQah yang kelurusan sudah tidur, terpaksa dibanguni.  Anak-anak kakak ku yang sudah balik pun terpaksa dilagau (panggil) semula ke rumah bis bapa. 

nyum-nyum
ani buah tangan kakak ku

Baik jua rumah ampir hehe nda jua ngaleh kan berulang alik tambah-tambah lagi kan membawa baby. 

Raziq di pegang oleh nininya :D
  

Sabtu, 26 Jun 2010

RasyiQah 6 tahun.


Babah dan mama ucapkan "HAPPY 6TH BIRTHDAY to our beloved daughter, RASYIQAH". 
Semua family kitani mendoakan semoga iQah panjang umur, sehat, dimurahkan rezeki dan
menjadi anak yang baik dan berguna untuk keluarga. 
Mudah-mudahan iQah semakin rajin belajar supaya dapat nombor 1 lagi. 
Mama tahu iQah pandai sudah mengeja,
 jadi ani untuk iQah -----> 'KAMI SEMUA SAYANG IQAH'.

15hb Jun 2010 hari jadi anak ku, RasyiQah yang ke 6 tahun.  Kelurusan 15hb adalah hari Selasa dan kami sudahpun merancang untuk mengadakan doa kesyukuran untuk menyambut kelahiran anak kedua kami, Muhammad Khairuraziqin yang lahir pada 5hb Mei lalu.  Jadi kami memilih untuk mengadakan Majlis doa kesyukuran selajur menyambut hari jadi RasyiQah pada sebelah petang hari Jumaat, 18hb Jun 2010.

Hari Selasa atu pagi-pagi lagi iQah sudah bangun dan bertanya "aku birthday hari ani kah ma?...tapi kenapa inda ada kek ku?" Bila diberitahu 'celebrate' hari Jumaat bersama-sama adiknya, Raziqin, iQah bertanya lagi "Raziq birthday jua kah ma?" hehe au kan saja tia.

Seperti "biasa", kami menempah jamuan dari katering Terazza Restaurant [ada diskaun tuan? hehe manatau orangnya ada membaca..pasalnya kami kan mengoder lagi bah hehehe]. Menu yang kami pilih simple saja iaitu Nasi Bryani Ayam.  Mulanya aku ingau ati makanan usulnya macam inda banyak macamnya pasalnya ada Nasi Bryani, ayam masak kari, telor rebus masak sos merah, acar, buah tiga macam dan minuman panas sahaja. Tapi pada hari atu ramai yang bagi-bagi rezeki.  Mama mertua ku bawa wajid Temburong, kelupis dan ayam goreng, adi beradi mama ada yang membawa lauk liking, kuih penyaram dan buah mangga. Bakal mertua adik ku ada jua membawa dua jenis kuih dan adik iparku sedekah air kausar.  Kakak ku membuat puding dan menyediakan 'goodies bags'. Terima kasih mudahan dimurahkan rezeki bisdia semua, Amin.

aisyemen sukanyee dia :D

Khamis, 10 Jun 2010

Jangan Berdusta....elak munafik!

Aku jumpa jawapan kepada posting ku yang lama bertajuk "Adakah menipu itu berdosa?" diblog Cahaya Hidayah "berkata dusta antara tanda sifat individu munafik".


"Sebenarnya bercakap dusta itu membawa seseorang mukmin bercirikan munafik. Hal ini jelas seperti sabda Rasulullah: “Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka ia adalah orang munafik. Sesiapa (juga) yang memiliki salah satu daripada empat sifat tersebut bererti dia bersifat kemunafikan sehinggalah dia meninggalkannya. Empat sifat tersebut ialah apabila bercakap dia berdusta, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila pertikaian dia melampaui batas.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Kadang-kadang bila ditanya mengapa orang menipu atau berdusta, ada yang menjawab "Aku terpaksa berdusta untuk menjaga hatimu!" Alangkah lebih bagus menjaga hati dengan tidak berdusta. Entahlah masing-masing punya prinsip.

Sabtu, 5 Jun 2010

4puloh

Beberapa hari selepas balik dari  hospital, aku menyuarakan pada mama mertuaku kan mengadakan doa selamat untuk Raziqin. Kataku bila-bila bis mama dan bapa belaku turun ke bandar dari Temburong.  Nya mama mertuaku tunggu tah sudah Raziqin 40 hari sja nanti.

Ku hitong kalau 40 hari ngam 15 Jun 2010, birthday RasyiQah yang ke 6 tahun!  Baik jua tu, 2-in-1 hehe.

Aku ingat lagi semasa aku minjam papat kuku (pemotong kuku), nya mama "Eh, kau balum dapat bepapat kuku pasalnya kau balum mandi 40". Iyakah? Kalau menunggu 40 hari macam hantu tah kukuku barangkali, kataku dalam hati (",)

Soalannya mengapa mesti 40? 

Inda terasa rupanya Raziqin hari ani 1 bulan sudah =D Ertinya inda lama lagi aku akan keraja semula, adoiii.