Rabu, 25 November 2009

Ikah #2 - Alhamdulillah!

Assalamualaikum.


Alhamdulillah Ikah dapat #2 peperiksaan akhir tahun (";)


Hari Isnin, 23 November 2009 Cikgu Melinda, Form Teacher Ikah ada menelefon ke rumah dan memaklumkan yang Ikah dapat no. 2 dan katanya akan menerima hadiah pada 25 November 2009, Majlis Penyampaian Hadiah Pelajaran 2009 Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Madang. Mungkin Ikah 'kecewa' sedikit pasalnya babahnya berjanji kan menghadiahkan laptop kalau dapat #1!.


Hari Rabu, 25 November 2009, Ikah walaupun lambat bangun tapi ada perasaan iskinya kan menerima hadiah, nda seperti biasanya Ikah mau diusai rambutnya =) Sampai disekolah sempat lagi Ikah bepasan "mama karang ikut Ikah ambil hadiah di pentas aa! Ikah dulu masa menerima stiker mewarna Jolibee Ikah saja seorang" katanya macam takut .


Di Dewan ramai sudah murid-murid yang akan menerima hadiah datang bersama famili masing-masing. Aku duduk bersama Ikah dan kawan-kawannya, malas kan duduk di bahagian ibu-bapa yang disediakan. Supaya senang ku mengambar Ikah karang naik pentas (kononnya). Aku geli hati mendangar lagu background yang dipasang sebelum majlis bermula adalah lagu-lagu dari movie hindustan, ada lagu Koch-Koch Hota Hai, Dil Tu Pagal Hai, macam-mcam 'hai' lagi lah hehehe.


Acara pada pagi atu baik jua inda banyak. Persembahan pembukaan dari murid Darjah 5 - lagu Hari Guru, kemudian Pengetua memberi speech, Persembahan Tarian Saturday Nite Fever dari murid Darjah 5 kemudian baru tah penyampaian hadiah pelajar-pelajar. Tetamu Kehormat nya adalah bapa kepada salah seorang anak murid Darjah 6 di PGGMB Madang yang telah mendapat tempat 'Top 10' peraduan Mathematics Peringkat ASEAN.













Ikah bersama kawan-kawannya.







Ikah memegang trofy nya, "aku no. 2 ma".






Selesai ambil hadiah, Ikah bergambar sama Cikgu Melinda, kawan-kawan Ikah yang dapat #1 dan #3. Aku pun bergambar lah jua sama trofy Ikah hehe for being a good mother for Ikah :D


Seperti yang ku jangka, aku gerenti inda teambil gambar Ikah menerima trofynya masa di pentas! Maklum, badan randah, ibu-bapa yang lain lagi ramai sudah bersedia kan mengambar ampir pentas. Nasi baik, adik ku, Murshidi 'the photographer' mau datang untuk ambil gambar-gambar Ikah. Kelmarin sudah ku booking kataku kesian karang Ikah nada bergambar. Tapi gambar-gambar yang diambilnya balum ku meliat, nanti kalau sudah ada aku upload lagi sekali disini. Buat-buat atu gambar yang ku ambil menggunakan h/p ku saja dulu.


Mudah-mudahan Ikah tahun depan sudahnya naik KG3 akan makin pintar lagi, Amin!



Sampai sini saja dulu,

salam mama iQah (",)

Ahad, 22 November 2009

Izat the Fla$h!




Aku suka ni gambar si Izat sedang berlari usulnya macam dalam keadaan pantas sampai keadaan disekelilingnya jadi kabur.

Gambar ani si Nasir yg ambil pakai hp N76ku.


Post via hp..Ahad, 22.11.09.
Salam mama iQah.

P/s: Do u ever feel guilty in any part of your life...

Jumaat, 20 November 2009

ENT ~ 15 Oct 09

Assalamualaikum :D

Lama sudah aku nda lagi membersihkan telinga Ikah sebatah~batah ada keluar darah lepas aku mengorek telinganya!!

Hari Khamis, 15 Oktober 2009 kelurusan aku cuti. Selepas aku terliat ada 'blood stain' di pillow Ikah waktu bangun pagi & kerana aku takut, ku tepaksa membawa Ikah ke Kelinik Sg Hanching pagi atu jua walaupun Ikah marah~marah dibanguni.

Masa menungu kana panggil, Ikah balik~balik betanya kalau ea kana injek hehe. Tiba giliran Ikah, doktor marah aku kenapa inda bawa tarus ke ER dimalam?! Aku kana suruh ke ENT, RIPAS utk keluarkan ada tisue tertinggal katanya 'active bleeding'. Adui.

Alhamdulilah, selepas berjumpa Doktor di ENT nyaman ati ku pasalnya bukan tercucuk eardrum tapi cuma dinding telinga Ikah yang luka.

Ikah sempat lagi begambar dengan Dr Ved Vrat, doktor yang merawat Ikah. Ikah dapat kawan baru masa ea bemain diruang menungu ENT (";)




Khamis, 12 November 2009

tabuk oh tabuk..

Assalamualaikum, semua (",)



Sepertimana yang ku janjikan post kali ani pasal tabuk @ tingkap di bilik tamu rumah bis bapa. Dalam hari raya pekerja kontrek Risma General Enterprise sibuk-sibuk jua membuka tabuk yang mulanya jenis sliding untuk ditukar jadi tabuk jenis emm apa ah hehe jenis 'beambit' ke siring. Dulu diantara tabuk ada glass blok tapi sekarang ani sudah inda ada lagi.















Ani sudah menyalahi konsep 'safety at work'!

Time lunch pekerja, Ikah lepas balik sekolah nda tah jua mau-mau kan bergambar.






Ngaleh pulang ni keraja-keraja memacah kah memasang kah menambah rumah kan. Pasalnya lantai berpasir dan bersemen. Jadi licin olehnya. Habuk pun banyak. So bapa sediakan kain peraca basah supaya kalau terasa kaki bepasir lap dulu kaki di kain basah atu.



okey atu saja dulu. Sampai jumpa lagi (",)

Salam mama iQah.


p/s: Kebanyakan manusia gagal bukan kerana kebodohan mereka tetapi kerana keegoannya!

Ahad, 8 November 2009

Nanan @ tabuk.

Sukaku meliat gambar si Nanan duduk dikursi ampir tabuk ani.

Nanti kalau ada masa, aku akan mempost gambar-gambar bilik tamu dirumah beusai sempena hari raya. Bukan suasana memasang tabir baru hehe tapi acara mengganti tabuk (",)

Oke, kan mendangani iQah meliat katun dulu. Selamat berhari minggu kepada semua.





Post via mobile/8/11/09.

Sabtu, 7 November 2009

Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan.

Assalamualaikum!

Post ani khas ditujukan buat kakak kami, Hajah Mardewati binti Haji Ramle yang mengajar di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Jalan Muara.



"Selamat Hari Guru, Jah!.

Didoakan semoga akan lebih tabah menghadapi students baru tahun hadapan. Mudah-mudahan segala jerih-payah yang dilalui selama ani akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah SWT jua. Amin"



Dan tidak ketinggalan jua buat semua guru-guru di Negara Brunei Darussalam "Terima Kasih Cikgu".

Lagu "Jangan Menyerah dari D'masive" ani semoga jadi pendorong untuk kitani terus maju jaya dalam apajua yang kitani lakukan (";)





FISH SPA...siuk!

Assalamualaikum.



Siapa pernah sudah ke Fish Spa?
Rupanya siuk! Kelmarin, hari Jumaat 6 November 2009, aku, iQah & Nasir beria-ia kan ke Fish Spa. Setelah beberapa kali pusing-pusing mencari parking, akhirnya dapat jua parking ampir tangga kan ke Skin Renew yang ada khidmat Fish Spa ani.



"Is this Fish Spa?" aku bertanya takut salah tempat. "Yes! Welcome". Ruang dalamnya warna merah hehe kelurusan aku & ikah pakai baju warna merah! Harganya $15.00 seorang untuk 30 minit sahaja.





Kami disuruh membuka kasut dan ganti dengan pakai selipar yang disediakan. Assistant spa memberi tuala yang masih angat-angat dingin (aku liat tuala atu diambilnya dari kotak semacam esbox). Katanya untuk lap kaki sebelum masuk dalam kolam. Kolamnya empat persegi nda berapa besar, cukup muat untuk 2 orang untuk masuk kalau kan mandi.


Mula-mula masukkan kaki, aku dan si nasir ketawa maklum terasa gali meliat ikan-ikan kecil mematuk-matuk kaki kami. Tapi sudah kami tahankan kaki nda bergarak baru tah kami selesa. Tapi Ikah nda mau! Ngaleh kami memujuk, beritahu kedia "siuk, lakas tah, inda memberi gali" ahernya mau tia jua.



Kaki Ikah inda banar-banar masuk dalam air, pasal kedia takut! Tapi kami perasan ikan inda mau mengaga kakinya hihihi.


Ikah masih takut-takut!


Asal ikan kan mengaga kakinya, Ikah angkat naik kakinya. Tapi sudahnya kesiukan main aing, baru tah Ikah macam menahankan kakinya dalam kolam.






Buat-buat menunggu masa 30 minit berlalu, kami dihidangkan secawan teh dan ada disediakannya majalah.

Rupanya 'handbag' ikah pun merah :D


Sempat ku bertanya apa tah kelebihan spa pakai ikan ani. Katanya dapat mengobati penyakit insomnia, menghilangkan 'dead skin', boleh berfungsi semacam 'reflesologi' dan macam-macam lagi. Aku tanya lagi apa tah ertinya kalau ikan banyak dikaki? Kata Assistant spa atu nya kalau banyak ikan mengaga, badan orang atu terlalu 'asidic'...hmmm asidik tah badanku dan si Nasir time atu kali.

Si Nasir memasukkan jarinya...pun kana aga oleh ikan.





30 minit sudah berakhir, walllaaa,! Kaki kami terasa bersih hihi :D



Kata Ikah, "ma, nanti lagi kitani ke Fish Spa ah bawa nini leng and nini hajah"

Kepada siapa-siapa yang kan kesana alamat nya ialah:

SKIN RENEW

Unit 15, Bangunan Haji Tahir 2, Gadong.

Tel: 2456103 H/P: 8910988

Isnin hingga Ahad 10 pagi - 8 malam

Selasa, 3 November 2009

From This Moment.

Assalamualaikum =)

Dibawah ani slide show gambar masa kami ke Miri sama nenek ikah di Temburong, 5-6 Oktober 2009. Kami bermalam di Grand Palace Hotel. Ikah sungguh bawa baju renangnya nda jua sampai swimming, cian.



Aku suka lagu ani...."From This Moment" by Shania Twain ft Back Street Boys.