Jumaat, 30 Ogos 2019

Beli 5, Percuma 1

Assalamualaikum 😊


Kitani inda lagi lama akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1441 iaitu pertukaran takwim hijrah esok Maghrib hari Sabtu, 31hb Ogos 2019.



Tema Sambutan Awal Tahun Hijrah 1441 kali ani ialah "Rezeki Halal, Mengundang Rahmat Negara Berkat".



Teringat ku kan gerai menjual nasi katok, nasi penyet dan mee yang pernah kami beli di kawasan Beribi. Setiap pembelian 5 bungkus nasi, abisdia akan memberi 1 bungkus percuma sebagai sedekah! 



Masa kali pertama membeli disana, suami ku heran mengapa ada extra 1. Sesudah ditanya baru lah ya tahu "beli 5, free 1". Alhamdulillah.





Nasinya bersambal pusu, 1 kerat ayam dan telur dadar.


Lepas aku keluar dari ward selesai biopsi masa ariatu (Mac 2019) kami singah ke gerai kan membali untuk makan-makan doa selamat di rumah parents ku.  Suami ku oder $20.00 dapat 24 bungkus nasi hehe rezeki banar, makin banyak.




Aku lupa apa nama gerai nya atu. UINI atau UMI.


Sekiranya abiskita berhajat untuk mencuba nasi pusu atau nasi penyet atau indomee penyet, no telefon nya 8283748.



Mudahan yang empunya gerai dimurahkan lagi rezekinya dan makin maju, Aamin.



Minta maaf, aku nda ingat no simpang gerainya. Location gerai atu kalau biskita dari simpang 4 Kg Kiarong, gerai ani dikawasan sebelum kitani menuju ke Kediaman PAP Hjh Amal Rakiah. gerai atu disebelah kiri, ada kedai runcit dan kedai cuci kereta berhampirannya.

Sampai sini saja dahulu.  

Selamat berhari Jumaat.
Assalamualaikum 😍