Rabu, 29 Februari 2012

29 Februari 2012

Empat tahun sekali saja ada 29 haribulan Februari & ianya kebetulan merupakan hari lahir suamiku hehe.
"Selamat Hari Jadi Sayang! Mummy doakan semoga bersama hari lahir ani segala macam kebaikan, kesenangan dan kebahagiaan akan mengiringi hari-hari kitani yang akan datang. Semoga Allah memanjangkan umur babah, dimurahkan rezeki, sentiasa sehat, maju jaya dalam pelajaran dan sentiasa dalam peliharaanNya jua. Dan semoga kasih sayang kitani sekeluarga akan sentiasa berpanjangan selamanya.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim!"

Khamis, 16 Februari 2012

Ampus lagi....sabar, sabar, sabar!

Perasaanku belum sampai sebulan anakku Raziqin demam ditahan di ward 3, tepatnya pada 19 Januari 2012.





Minggu pertama bulan Februari sekali lagi Raziqin ampus lagi. Hari Khamis, 2 Februari oleh kerana Raziqin usulnya nda nyaman tidur, malar batuk. Jam 10 malam kami ke Bahagian Emergency, RIPAS. Selepas meregister kami maklumkan yang anak kami ampus memerlukan rawatan segera & Alhamdulillah kami didulukan. Selesai ber'neubelizer kami menunggu giliran lagi untuk berjumpa doktor. Hampir sejam lebih menunggu Raziqin mula mengusut. Tiba giliran kami doktor kata tidak lagi ada ampus (selepas mendengar dada & belakangnya).



Kami ke bahagian ubat tepat jam 12 malam, suami meletakkan preskripsi ubat dalam kotak yang disediakan. Pegawai farmasi yang ada ketika itu mengarahkan suami untuk menekan lonceng dan katanya tunggu sahaja dulu. Setelah menunggu hampir 10 minit, tidak ada yang timbul memeduli kami di luar. Memandangkan Raziqin sudah kusut ku beranikan diri turun ke 'basement parking' sementara suami menunggu ubat. Mungkin kerana sejuk dan batuk, Raziqin muntah dalam pangkuanku. "Adui, lama jua babah ani" kataku dalam hati. Babah ikah muncul sambil merungut "kalau ku tau, ubatnya sama saja yang ada dirumah nda ku menunggu lama-lama tadi". Rupa-rupanya pegawai farmasi yang ditunggu-tunggu atu sudah habis shift. Sepatutnya pegawai tersebut memeduli dulu orang yang kebetulan di sana hendak mengambil ubat tetapi sebaliknya terjadi.




Bayangkan sepanjang perjalanan balik ke rumah Raziqin menangis saja. Kataku kalau macam ani keadaanya dengan tangis campur batuk usulnya macam terpaksa lagi semula ke hospital, pasalnya gerenti ampusnya datang semula. Seperti biasa kalau anak-anak demam, kami inda berapa tidur. Subuh Raziqin ampus lagi, dadanya turun naik, berpeluh lagi. Mungkin yang pernah mengalami ampus akan tahu macam mana rupanya. Kami cuba menggunakan puff. Jadi tah untuk melegakan dadanya.



Pagi-pagi kami bawa Raziqin ke kelinik swasta di Kg Kiarong. Walau belum buka kami tunggu jua. Kami ingat yang disana boleh menyewa mesin neubelizer. Selepas diperiksa dan berneubelizer...dengan bantuan doktor dan nurse yang melihat Raziqin asyik menempis dengan tangan...barulah ea kelihatan lega. Doktor tanya "Mengapa inda bawa ke hospital? kami jawap sudah dimalam. "Ini anak kita kalau bawa ke hospital, mesti admit bah ni. Bersiruk every 4hours." "Tidak apa kita minjam mesin sini saja dan mesti siruk every 4 hours untuk 4 hari". Selepas di ajar cara menggunakan mesin tersebut, kami pun balik. Baru nyaman tidurnya dipelukan ku.





Alhamdulillah, Raziqin selesa menggunakan neubelizer tapi mesti diupah melihat tv kartun. Nampaknya ventolin jenis puff menggunakan aerochamber atu inda sesuai untuk kanak-kanak yang takut kan berubat macam Raziqin. Manalah kan baik kalau asyik menangis. Makan ubat menangis, di puff menangis.....mungkin dipikirannya babah dan mamanya ani jahat barangkali....



Kami sudah membeli mesin neubelizer untuk keperluan kami sendiri, jenis travel kit. Nanti kalau ada masa aku upload disini.


Dipanjatkan doa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan memelihara anaknda Muhammad Khairuraziqin dan akan sembuh, sentiasa sehat sejahtera dan semoga penyakit ampus ani nda lagi akan menyerang sampai bila-bila. Insya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin!