Khamis, 10 Oktober 2019

Majlis Khatam Al-Quran pt 1 - Istana Nurul Iman.

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, tahun 2019 ani, anakku, Rasyiqah Khatam Al-Quran sebanyak 2 kali. 


Kali pertama pada bulan Ogos, anakku ikut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran 73 kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Bersempena Majlis Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 Tahun. Manakala kali ke-2, ikut serta Majlis Khatam Al-Quran sempena Majlis Jubli Perak Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah pada bulan September yang lalu.



Hari Kamis


15 Ogos 2019


Istana Nurul Iman.



Kami suami isteri menghantar anak ku ke Jame' 'Asr tempat berkumpul bisdia pagi tu seawal jam 7 pagi. Anakku ikut serta rombongan dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MS PSBS) yang mana penuntut dari sekolah lain dari Daerah Brunei dan Muara ada sebahagiannya akan menaiki bas untuk dibawa ke Istana Nurul Iman.





Anakku sama kawan-kawannya dan 2 orang guru pengawas.



Kalau inda silap beberapa siri pemantauan pembacaan untuk majlis khatam ani telah diadakan. Ada yang di Masjid Jame 'Asr, di Sekolah Ugama Arab dan mungkin di sekolah bisdia masing-masing. Sementara atu di peringkat daerah pun ada diadakan.



Kebetulan aku dan suami bertugas untuk majlis Khatam Al-Quran hari atu 😀



Acara akan berlangsung pada sebelah petang dengan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Kerabat Diraja.



Kesemua peserta, jawatankuasa dan urusetia Majlis Khatam seluruh Daerah hadir seawal jam 9 pagi. Sementara jemputan khas hadir seawal jam 1.30 petang.



Kediaku bersama kawan-kawan yang bertugas dibawa menaiki bas. sesudah sampai di Istana Nurul Iman, kami melalui pemeriksaan di pintu utama. Selepas atu terus menuju ke ruang makan 😁.  Wah, ramai sudah orang.  Kami memilih meja kosong untuk duduk dulu.  Kiut melihat peserta penuntut sekolah yang muda mungkin paling damit berumur 6 ke 7 tahun, beratur memilih makanan.





hehe antara menu yang disediakan untuk sarapan pagi. Sebenarnya ada ayam goreng, daging, udang, sayur campur. Ganya inda ada gambarnya ku ambil samada ku lupa atau terdelete sudah.  Ruangan fevret ialah stall bahagian kuih-muih. Macam-macam ada!  Kuih tradisional ada, kek ada, tart ada, buah-buahan, desserts yang bercream ada. Lebih dari pebelasan macam lah pokoknya nyaman-nyaman. Yang paling hangat diperkatakan waktu atu ialah bubur durian 🤤 sayangnya aku inda mau makan, takut pening.



Tepat jam 2:00 petang, selesai Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri bersama Kerabat Diraja mengambil tempat duduk, majlis Khatam Al-Quran pun dimulakan.


Ku share sini screenshots gambar-gambar dari instagram Jabatan Penerangan.






Semasa majlis Khatam Al-Quran berlangsung, kami petugas berada di ruang luar Dewan Utama sambil mendengar bacaan surah-surah dan bacaam takhtim.  Paling syahdu, bacaan doa khatam dibacakan oleh seorang peserta lelaki.  Dari segi suara, aku meneka pembacanya seorang kanak-kanak.  Meremang bulu roma bila kedengaran suara mengaminkan beramai-ramai setiap bait-bait doa yang dibaca perlahan.





Ani gambar meja santap yang ku ambil sebelum peserta-peserta keluar dari Dewan Utama.  Kalau inda silap, ani ruang makan untuk perempuan saja. Sebalik dinding hijau atu baru tah ruang makan peserta lelaki.





Aku hanya sempat mengambar menu untuk makan petang atu, nada gambar makanan.  Mesti aku sudah sibuk kan makan sampai lupa😉






Para peserta Khatam Al-Quran pada hari atu telah menerima cenderamata, goodies bag berisi kontena kuning dalamnya berisi kek, satu bunga telor dan sampul kuning, Alhamdulillah.





Kami berharap cenderamata berupa Al-Quran digital yang dikurniakan atu akan dapat digunakan dan seterusnya dimanfaatkan sebagaimana hasrat Kebawah Duli dan kitani semua dikurniakan pahala kerana menggunakanAl-Quran berkenaan, Aamin Ya Rabbal Alamin!



Mungkin sampai sini dulu, nanti aku sambung part 2 cerita majlis Khatam Al-Quran anjuran Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Insya Allah.




"Guru Inovatif, Pelajar Cemerlang".
Slogan persuratan bagi bulan Oktober

Sampai jumpa lagi, Insya Allah.