Sabtu, 23 Julai 2011

Gerai perayaan.


Sudah biskita ke gerai perayaan? Kami sekeluarga sudah! Bah turun tah dan jangan lupa bawa 'ongkos' yang cukup hehe. 

Kami hanya berkesempatan mengunjungi gerai-gerai perayaan di kawasan berhampiran Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.  Oleh kerana susah banar hendak dapat 'parking' jadi kami pun masuk ke letak kereta berbayar di Kompleks Yayasan.  Baru beberapa langkah di gerai perayaan, iQah membeli belon si Dora dan untuk Raziq kami belikan belon si Upin.  Satu belon berharga $4.00, diulang sekali lagi $4.00.  Aduh mahalnya (bagi akulah) jadi kalau dua belon sudah $8.00.  Ish..ish..baik jua anak baru dua orang, kalau banyak!  Nak jadi cerita, semasa kami mengambil gambar di pentas yang disediakan dih adapan Pejabat Radio dan Televisyen Brunei, belon si Upin telah terlepas dari genggaman iQah.  Laju naiknya ke udara. Cianlah Raziq....(terbang jua $4.00) hehehe.  Jadinya sebelum balik kami beli satu permainan seperti kipas yang bergambar kartun Ben10 dengan harga $6.00.  Untuk memujuk Raziq??... hehe si kecil belum tau apa-apa yang untung si kakak :D



p/s  kalau pandai buat bisnes di musim perayaan, boleh buat duit banyak, untuk persediaan di bulan Ramadhan dan Hari Raya yang tidak lama lagi tiba.

Isnin, 18 Julai 2011

Selamat Puja Usia Baginda Sultan ke 65 tahun.



15 Julai, 2011 - Hamba Kebawah Duli Tuan Patik ingin mengucapkan Selamat Puja Usia Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Tuan Patik yang ke 65 tahun pada tahun ini.  Semoga Kebawah Duli Tuan Patik dilanjutkan usia, sehat wal afiat dan semoga Negara Brunei Darussalam aman makmur dan maju di bawah pemerintahan Kebawah Duli Tuan Patik dan mudah-mudahan dengan kepimpinan serta kebijaksanaan Kebawah Duli Tuan Patik Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dalam perlindungan Allah Subahanahu Wa'Taala jua, Amin Ya Rabbal Alamin!

Sabtu, 9 Julai 2011

Aquadoodle.

Bulan Jun yang lepas, ambil kesempatan cuti tahunan walaupun musim persekolahan sudah berakhir, aku, suami dan anak-anak pergi ke Limbang. Kami pergi sebelah petang selepas iQah balik dari sekolah.  Salah satu barang yang aku sempat beli di sana ialah Aquadoodle.



Aquadoodle ani satu jenis poster melukis sesuai untuk 'baby' yangmana menggunakan pen khas berisi air sahaja (inkless).  Bahagian atasnya merupakan fabrik seperti kain 'cotton' dan dibahagian belakangnya adalah lapisan dari plastik.  Apajua ukiran yang dibuat di atas kain tersebut akan hilang secara semula jadi (mengering dengan sendirinya).  Kalau biskita kan liat lebih lanjut cari www.aquadoodle.com.


Raziqin kadang-kadang mengacau kakaknya membuat kerja sekolah.  Ingau jua hati dibiarkan memegang pensil atau pen, aku beri crayon tapi digigitnya!

p/s: Aku selalu kena gigit oleh Raziqin, sakit banar pasalnya giginya sudah banyak.  Kalau biskita ada petua untuk 'menghentikan' tabiat mengigit untuk kanak-kanak, tolong share-share =D

Khamis, 7 Julai 2011

Selamat Hari Jadi.



Assalamualaikum, batah (lama) sudah rasanya nda update blog ehehe.

15 Jun 2011 merupakan hari jadi anakku, Rasyiqah yang ke 7 tahun.  "HAPPY 7th BIRTHDAY! Mama doakan semoga Allah mengurniakan anak mama ani umur yang berkat, dimurahkan rezeki, sehat walafiat selalu, rajin belajar & mudah menerima ilmu dan sentiasa dalam perlindunganNYA jua dan menjadi anak yang soleh. Amin YaRabb!

Hari Jumaat, 24 Jun 2011 telah diadakan Majlis Menerima Berian dan Akad Nikah bagi adik perempuanku yang kebetulan pula adalah hari jadinya yang ke 26 tahun!  Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dan juga Selamat Hari Jadi.  Didoakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sehat wal afiat dan berbahagia disamping suami dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin Ya Rabb!