Sabtu, 9 Julai 2011

Aquadoodle.

Bulan Jun yang lepas, ambil kesempatan cuti tahunan walaupun musim persekolahan sudah berakhir, aku, suami dan anak-anak pergi ke Limbang. Kami pergi sebelah petang selepas iQah balik dari sekolah.  Salah satu barang yang aku sempat beli di sana ialah Aquadoodle.



Aquadoodle ani satu jenis poster melukis sesuai untuk 'baby' yangmana menggunakan pen khas berisi air sahaja (inkless).  Bahagian atasnya merupakan fabrik seperti kain 'cotton' dan dibahagian belakangnya adalah lapisan dari plastik.  Apajua ukiran yang dibuat di atas kain tersebut akan hilang secara semula jadi (mengering dengan sendirinya).  Kalau biskita kan liat lebih lanjut cari www.aquadoodle.com.


Raziqin kadang-kadang mengacau kakaknya membuat kerja sekolah.  Ingau jua hati dibiarkan memegang pensil atau pen, aku beri crayon tapi digigitnya!

p/s: Aku selalu kena gigit oleh Raziqin, sakit banar pasalnya giginya sudah banyak.  Kalau biskita ada petua untuk 'menghentikan' tabiat mengigit untuk kanak-kanak, tolong share-share =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan