Selasa, 19 April 2011

Rainbow Pool.

$PL@$H!!!...


Hari Ahad yang lepas, suami telah membeli satu set kolam plastik bersaiz kecil untuk Raziqin. Di kotaknya ada dinyatakan 'FOR 1 - 3 YEARS OLD'.  Bentuk kolam seperti katak dan ada pelangi di belakangnya.  Pelangi tersebut bolehlah menutup sekiranya ada sinar matahari.  Bagus lah jua, inda silau.

Mula-mula suami susah hati memikir macammana mahu mengembangkan kolam plastik tersebut.  Pam angin tidak ada! Mahu meniup? hahaha...kempis perut! Jadinya dengan idea bernasnya, suami menggunakan VAKUUM!! Biskita bayangkanlah sendiri. Berjaya atau tidak? Eh mestilah BERJAYA dengan cemerlang, tengok gambar di atas ;)

Dan seperti yang ku sangka, bukan Raziqin yang iski (teruja hehe) mahu mandi dalam kolam kecil tersebut tetapi si kakak! Sampai bangun pagi hendak sekolah iQah mahu mandi dalam kolam dulu. Jadinya pagi-pagi lagi sudah 'majlis perasmian Rainbow Pool' berlangsung dalam kamar mandi kami.  Punyalah Raziqin seronok sampai senyum nampak giginya hehe.

Sebelum ini, ada kawan menasihati supaya jangan dibiasakan anak sentiasa mandi menggunakan air hangat katanya nanti susah hendak membiasakan kalau mahu mandi menggunakan air paip. Manalah tahu ada ketikanya tidak ada 'water heater' dan sebagainya.

Sampai jumpa lagi (";)

Khamis, 14 April 2011

Aksi Raziq - naik kerusi!

Lama sudah aku inda bercerita perkembangan anak lelakiku, Khairuraziqin. 

5 Mei akan datang (tak lama lagi, insya Allah) Raziqin akan genap 1 tahun.  Sekarang ani sudah pandai merungau (merangkak), berjalan setapak dua tapak, teranah melihat kartun terutamanya Mickey Mouse tapi payah benar kan pasang pampersnya hehehe.  Yang terbaru Raziqin sudah berani mahu naik kerusi - woooaah ini sudah lebih ni.  Sampai mama pernah bercerita katanya "Jangan disangka sunyi atu Raziqin sedang tidur, rupa-rupanya berdiri ya tu siring meja!".

 



Aksi di atas ialah percobaan Raziqin naik kerusi.  Bila dipanggil 'RAZIQ!' Dengan selamba dia menoleh sambil tersenyum nampak gigi!

Sampai jumpa lagi, dengan aksi Raziqin yang lain pula B~)

Selasa, 12 April 2011

Korea punya pasal.


Sana sini Korea!

Tidak ketinggalan anakku, Rasyiqah meminati kumpulan band dari Korea.  Nya orang kitani 'karak' banar sukanya!  Menyanyi lagu Korea dari 2PM, yang entah lurus atau inda sebutannya. Yang hanya ngam sebutannya bila ada part bahasa inggeris 'i'll be back' atu saja yang lurus di telingaku!  Dalam kereta atau di rumah, iQah akan meminjam handphone ku katanya kan dengar lagu 2PM.  Aku kadang-kadang marah jua, kalau sudah balik-balik lagu yang sama di ulang-ulang. Habis saja bateri!

Adik-adikku jugalah kira 'pengulu'nya sampai anakku dan anak-anak kakakku pun tahu kan band-band dari Korea, ada channel khas untuk Korea dan macam-macam lagi. Dan Korea punya pasal, adikku sanggup masuk Kelab Korea di sekolahnya!  Buku yang dipegang iQah adalah buktinya.  Tapi mungkin ada kebaikannya jua dapatlah menambah ilmu dalam penguasaan dwi-bahasa hihi.

Aku selitkan video clip kumpulan 2PM lagu 'i'll be back' kegemaran anakku.






p/s Nasib baik aku inda berapa meminati drama Korea, kalau inda jadi tah Ibu Borek Anaknya Rintik ;p

Seindah Lukisan



Ani gambar yang sempat aku ambil semasa kami ke Pantai Seri Kenangan, Tutong menyambut hari jadi anak iparku, Awen yang ke 6 tahun pada 10 April 2011.

Aku suka melihatnya terutama sekali latar belakanganya.  Ada banyak awan yang berarak ketika itu.  Sejuk mataku memandangnya dengan keadaan langit yang biru, tanah yang menghijau.  Terasa seperti melihat lukisan bak kata pepatah "Tiada Kata Secantik Bahasa, Tiada Gambar Seindah Lukisan".  Inilah diantara bukti kebesaran Allah Ta'ala menjadikan bumi dengan segala isi-isinya yang cantik dan indah  yang kitani sebagai manusia tentulah tidak berkuasa menirunya.

 - - - - -

p/s sekiranya biskita suka gambar di atas, sila angkat tangan macam Usop Wilca hehe - Hantu Kak Limah Balik Rumah punya penangan lah ni =D belum pernah lihat lagi movie ani? sila search di youtube (mungkin ada) atau sila baca blog ini.  [aku mau liat lagi!]

Selasa, 5 April 2011

Bahayanya pelupa.




Pada suatu petang pada kebiasaanya aku sampai di rumah selepas pulang dari bekerja, aku akan memasak air menggunakan 'ketel karan'.  Selepas air disiikan, suis ON ditekan, aku pun berlalu meninggalkan dapur.  Sambil memanyap-manyap (mengemas) aku masih terdengar bunyi air mendidih dari ketel di ruang dapur.  Seketika berlalu, aku merasa heran, sepertinya air yang ku tunggu masak tidak berhenti mendidih.  Lalu aku pun masuk ke dapur semula. 

SUBHANALLAH!!

Rupa-rupanya aku terlupa menutup semula penutupnya! Oleh kerana wap panas dari air yang mendidih dari tadi, bahagian pemegang yang berwarna pink (lihat gambar) telah retak-retak dan berguguran masuk ke dalam ketel dan air yang sebelum ini penuh sudah kelihatan berkurangan.

Waduh, bahaya banar nie. Macam mana kalau aku biarkan terlalu lama, nasib baik aku inda meninggalkan air mendidih ketika aku terleka memeduli Raziq, atau aku mandi, atau...? apa akan terjadi... "Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah, menjauhkan kami dari mara bahaya".

Jadi kepada biskita diluar sana, hati-hati, jangan pelupa macam kes aku di atas ani =(