Selasa, 19 April 2011

Rainbow Pool.

$PL@$H!!!...


Hari Ahad yang lepas, suami telah membeli satu set kolam plastik bersaiz kecil untuk Raziqin. Di kotaknya ada dinyatakan 'FOR 1 - 3 YEARS OLD'.  Bentuk kolam seperti katak dan ada pelangi di belakangnya.  Pelangi tersebut bolehlah menutup sekiranya ada sinar matahari.  Bagus lah jua, inda silau.

Mula-mula suami susah hati memikir macammana mahu mengembangkan kolam plastik tersebut.  Pam angin tidak ada! Mahu meniup? hahaha...kempis perut! Jadinya dengan idea bernasnya, suami menggunakan VAKUUM!! Biskita bayangkanlah sendiri. Berjaya atau tidak? Eh mestilah BERJAYA dengan cemerlang, tengok gambar di atas ;)

Dan seperti yang ku sangka, bukan Raziqin yang iski (teruja hehe) mahu mandi dalam kolam kecil tersebut tetapi si kakak! Sampai bangun pagi hendak sekolah iQah mahu mandi dalam kolam dulu. Jadinya pagi-pagi lagi sudah 'majlis perasmian Rainbow Pool' berlangsung dalam kamar mandi kami.  Punyalah Raziqin seronok sampai senyum nampak giginya hehe.

Sebelum ini, ada kawan menasihati supaya jangan dibiasakan anak sentiasa mandi menggunakan air hangat katanya nanti susah hendak membiasakan kalau mahu mandi menggunakan air paip. Manalah tahu ada ketikanya tidak ada 'water heater' dan sebagainya.

Sampai jumpa lagi (";)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan