Isnin, 2 Mei 2011

Tahniah Rasyiqah - English Is FUN!


"Tahniah kepada anak mama, RasyiQah kerana terpilih pelajar yang memakai aksesori tercantik dari kertas"

Hari Khamis yang lepas, iQah memberitahu yang dia ada projek untuk dihantar pada hari Sabtu.  Aku membaca nota yang ditulis oleh guru dalam bukunya dimana penutut dikehendaki untuk menyediakan aksesori yang diperbuat dari kertas dan aksesori tersebut mesti diberi ayat pilihan "English is Fun" atau "Reading is Fun".  Contoh yang diberikan oleh guru pula adalah seperti 'headband', 'necklace' dan 'sage'.

Masa cuma ada 1 hari iaitu hari Jumaat! Aduh sepertinya terlalu singkat untuk menyediakan projek tersebut.  Oleh kerana aku bukanlah pandai sangat untuk merekacipta barang jadi aku telah meminta suami yang menolong iQah. Babahnya kebetulan seorang yang banyak idea dan kreatif jadi aku biarkan sahaja dia dengan iQah.  "Hehehe selamat-selamat".  Jahatnya aku ;p  Aku hanya memberi idea untuk membuat party hat, crown, jacket atau badge pin. Menyediakan ayat-ayat alphabet untuk digunting.

Hasilnya jadilah sebuah sandang dengan ayat "ENGLISH IS FUN", sebuah mahkota dan sebatang tongkat sakti (tidak ada dalam gambar).  Yang empunya projek sudah tidur dan yang lelah ialah babahnya hehe.

Hari Sabtu pun tiba.  Anaku terlupa yang sepatutnya dia ada 'spelling race' pagi itu tetapi iQah tidak dapat ikut serta kerana kami sampai 'spelling race' sudah selesai. Hmmm. Aku sempat berjumpa gurunya yang memberitahu, "Rasyiqah dapat hadiah bajunya lawa" aitz hehe yakah?. "walaupun Rasyiqah tadi inda sempat belawan spelling tapi teacher englishnya masukkan namanya untuk dapat hadiah.  Sebabnya masa di kelas ea pandai menjawab".

Hari yang mengembirakan untuk Rasyiqah dapat 2 hadiah! Eh lupa, hari atu iQah pun dapat 1 sijil kerana ikut Colouring Contest.  Kataku padanya "jangan lupa cakap 'Thank You' arah babah pasal tolong iQah buat projek!". "Bah aku buat 'thank you card' lah untuk babah karang" katanya.

Mudah-mudahan akan datang iQah "do her best" lagi dalam pelajaran & projek sekolahnya, Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan