Khamis, 12 Mei 2011

1 tahun sudah!


"Hari Khamis, 5 Mei 2011 Alhamdulillah, genaplah umur anakku, Muhammad Khairuraziqin bin Nazri 1 tahun. Mudah-mudahan sentiasa dimurahkan rezeki, sehat wal afiat selalu, sentiasa dalam perlindungan Allah jua dan menjadi anak yang soleh, Amin Ya Rabb!"

Macam-macam sudah pandainya!  Cuba biskita liat olahnya dalam video clip ani =D  Kadang-kadang aku tertanya-tanya macammana Raziqin pandai buat macam atu? ehmmm mesti melihat olah kakaknya tu.  Bukan gauk tapi aktif!




Salah satu kartun 'fevret'nya ialah kartun Upin dan Ipin. Sepupuku telah menghadiahkan 'evamatic mat' yang bergambar kartun Upin dan Ipin serta gengnya.  Hehe hari-hari melihat gambar geng si upin ani mesti Raziqin jadi hafal olehnya.


Tapi yang merisaukan, berat Raziqin masih rendah.  Di perjanjian kelinik kelmarin, berat Raziqin hanya 8.0 kg.  Bila ditanya "mengapa beratnya inda naik-naik ani?" Aku pun memberitahu yang anakku ani selalu diserang asma...hampir setiap bulan. Insya Allah akan diusahakan untuk mengimbangi berat yang sesuai.

Apa-apa pun, mudah-mudahannya semakin membersar ani penyakit asma atau demam Raziqin akan berkurangan menyerangnya, Amin!

Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kepada kakakku, HMZ. Kami doakan semoga perkahwinan beliau dirahmati Allah dan mudah-mudahan dikurniakan zuriat yang soleh sebagaimana kitani semua dambakan, Amin Ya Rabb Aalamin!

1 ulasan:

  1. Selamat Ulangtahun kepada Raziqin. Semoga sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT jua. Amin...

    BalasPadam