Rabu, 25 Mei 2011

Wajah baru ;)

Hari Ahad lepas, kami telah membawa Raziqin pergi bergunting rambut di kedai gunting kawasan Kg Lambak.  Kebetulan tiada pelanggan ketika itu, jadi aku dan anakku Rasyiqah pun ikut masuk ke 'salon' berkenaan. 

Rambut Raziqin sebelum ani ikal dan sudah semakin panjang.  Ini merupakan kali pertama rambut Raziqin digunting sejak rambut awal selepas lahir dicukur hehe ertinya setahun sudah! Kasihan melihat bila kepalanya berpeluh Raziqin akan menggaru-garu kepalanya semahu-mahu hatinya hehe kes gatal banar lah tu!


Ingau hati ani takut Raziqin kusut atau menangis.  Tetapi jangkaanku meleset!  Raziqin teranah saja dalam pangkuan babahnya.  Rambut Raziqin digunting sahaja inda dicukur takut hilang ikal hehe. 

 GOOD BOY!

Nah sudah siap!  Henshem tak? ...tapi ilang sudah si ikal mayang... Tunggu rambut Raziqin panjang lagi baru ada ikalnya hehe.




p/s sekali lihat macam ultraman punya rambut hehe ultraman ada rambutkan? uhuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan