Ahad, 21 Julai 2019

15hb Julai 2019 - Selamat Puja Usia Baginda Sultan.


  بسم الله الر حمن الر حيم



السلام عليكم ورحمة الله وبراكاته


Hari Isnin, 15hb Julai 2019 adalah tarikh puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana tahun ini Baginda Sultan meraikan puja usia yang ke 73 tahun.

Hari sebelumnya kami balik ke Temburong lepas anak ku Raziq siap mengaji. Kami sampai ke rumah mertuaku dalam tengahari, baik jua inda panjang Q di Kuala Lurah mahupun di Puni.

Sementara menunggu maghrib, kami raun-raun ke Pekan Bangar, Raziq mau melihat buaya yang kana khabarkan ada di Sungai Bangar.


Buayanya atu pemalu pasal lama kami disana, nda ya mau meliatkan diri. Berandam ya saja.

Lepas puas raun di Pekan Bangar, kamipun balik.  Suamiku perlu bersiap untuk ke masjid. Acara  Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Fardhu Magrib Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Bertahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun di ke empat Daerah akan berlangsung sebelum masuk waktu sembahyang fardhu magrib.

Di Daerah Temburong, tumpuannya di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.  Jarak dari rumah mertuaku ke masjid adalah 5 minit perjalanan berkereta. Hampir kan hehehe kalau jalan kaki mau-mau setengah jam. Barangkali 😅  [Tapi baik jua inda jalan kaki pasal magrib disana hujan lebat, berguruh dan berkilat hahaha].

Dalam jam 8 lalu, suamiku pun sudah ada di rumah membawa sebungkus nasi, air dan sekeping kad bercetak Sayyidul Istighfar yang diedarkan masa di masjid katanya.




Alhamdulillah!


Dikesempatan ini, hamba Kebawah Duli Tuan Patik melalui blog Permata Di Hati Kita ingin menyembahkan Ucapan Tahniah dan Ucap Selamat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Puja Usia Baginda yang Ke-73 tahun.  

Dengan iringan Doa semoga Kebawah Duli Tuan Patik akan dilanjutkan usia, sehat Wal 'afiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam di atas Singahsana dan Kebawah Duli dikurniakan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT dalam memerintah Negara Brunei Darussalam agar negara yang kitani cintai ini diberkati olehNya, menjadi sebuah negara yang aman-makmur, maju-jaya dan rakyatnya hidup dilimpahi rezeki berpanjangan dan kekal sejahtera selama-lamanya.  Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal Alami

Sampai sini saja dulu, insya Allah mudahan ada kesempatan lagi untuk terus update blog.

Sebelum atu, aku throwback gambar semasa Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan naik ke kediaman kami selepas Majlis Pengurniaan Anak Kunci Rumah Perpindahan sekitar tahun 1991 - "Menjunjung Kasih Kebawah Duli Tuan Patik!"


Sampai jumpa lagi.