Jumaat, 28 Mei 2010

Raziqin bercukur.

Salah satu adab menyambut kelahiran anak damit dalam Islam ialah menggunting sedikit rambut anak damit tersebut dan ianya disunatkan pada hari ketujuh kelahirannya.  Jadi kesempatan kami bercuti di Temburong minggu lepas kami minta bapa mertua ku mencukur rambut Raziqin.  Antara kelebihan mencukur rambut anak damit yang baru lahir ialah untuk merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. (Adab menyambut kelahiran anak damit menurut Islam) 


Baik jua penidor hehe kalau inda payah.
Doi cian Raziq.

Apa ada pada Nama? 

Nama merupakan sebuah doa dan harapan! Sebab atu kakak ku atas nasihat suaminya menyarankan aku untuk menukar nama baby ku yang sudah kami pilih.  Jadi kami pilih nama baru dengan menambah pangkal nama saja iaitu Muhammad Khairuraziqin.  Kalau inda silap ertinya Sebaik-Baik Hamba Allah Yang Dimurahkan Rezeki.

Sampai sini saja dulu, jumpa lagi.

Khamis, 27 Mei 2010

YES! Shahir Juara AF8!

Demam AF dah berakhir!  Walaupun aku inda berapa mengikuti setiap detik AF8 tahun ani, apatah lagi kan meliat program Diari AF, tapi aku happy bila Shahir jadi juara (",). 

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8



Khamis, 13 Mei 2010

Alhamdulillah.


Syukur Alhamdulillah & selamat datang untuk ahli keluarga kami yang baru. Muhammad Raziqin bin Nazri, lahir pada hari Rabu, 5 Mei 2010 jam 10.03 pagi. Semoga kedatangan ahli keluarga baru ani membawa cahaya kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah dan sebagai penawar kepada kami semua, Amin Ya Rabbal Alamin!

salam mama Raziq(ah) :D