Jumaat, 28 Mei 2010

Raziqin bercukur.

Salah satu adab menyambut kelahiran anak damit dalam Islam ialah menggunting sedikit rambut anak damit tersebut dan ianya disunatkan pada hari ketujuh kelahirannya.  Jadi kesempatan kami bercuti di Temburong minggu lepas kami minta bapa mertua ku mencukur rambut Raziqin.  Antara kelebihan mencukur rambut anak damit yang baru lahir ialah untuk merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. (Adab menyambut kelahiran anak damit menurut Islam) 


Baik jua penidor hehe kalau inda payah.
Doi cian Raziq.

Apa ada pada Nama? 

Nama merupakan sebuah doa dan harapan! Sebab atu kakak ku atas nasihat suaminya menyarankan aku untuk menukar nama baby ku yang sudah kami pilih.  Jadi kami pilih nama baru dengan menambah pangkal nama saja iaitu Muhammad Khairuraziqin.  Kalau inda silap ertinya Sebaik-Baik Hamba Allah Yang Dimurahkan Rezeki.

Sampai sini saja dulu, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan