Selasa, 31 Ogos 2010

"Kasih Abang"

Assalamualaikum.  Inda terasa, begitu cepat masa berlalu.  Bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.

Hari Sabtu yang lepas merupakan cuti kelepasan awam bersempena menyambut  Hari Memperingati Nuzul Al-Quran iaitu 17 Ramadhan yang jatuh pada 28 Ogos 2010.  Pada hari tersebut, kami ada membuat majlis bertahlil dan selajur bersungkai di rumah. 

Pada kebiasaannya, setiap kali ada jamuan, disamping makanan yang sudah ditempah pasti ada saudara mara yang ikut bersedekah berupa makanan.  Ada yang membawa lauk masak merah, lauk liking, kuih mueh, air kausar dan puding kastard.  Wah! panuh meja jadinya.

Melihat banyak makanan, aku teringat kan satu emel yang ku terima dari seorang kawan.  Tajuk emel atu ialah "Kasih Abang".  Apabila melihat gambar yang disertakan, aku merasa rawan hati.....menangis dalam hati olehnya.  Doi lillah, kasihan. Banar, kasihan ku meliat.  Nda ku dapat membayangkan kalau anak atu anak ku :(  teliat lagi ku botol susu...yang isinya air putih...[ nah terasa panas tah udah mataku, kan kuar air mata tia ni kali...]

=*=*=


Kekadang ALLAH menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang DIA melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang DIA melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu selain-NYA!

Jazakumullah Khairan Katsiran
Wassalam.

=*=*=

Jadi sepatutnyalah aku bersyukur dengan kehidupan yang ku jalani waktu ani.  Alhamdulillah! Syukran ya Allah, dengan rezekiMu padaku dan ahli keluargaku.  Mudahan kami akan sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur. Amin!

Isnin, 23 Ogos 2010

siapa tu...


Cuba teka ani siapa?

Ada imbas-imbas (iras) aku kah? hehe jauh banar eyh.  Pasalnya lawa lagi yang dalam lukisan atu bah hehe [ kes merendah diri lah tu konon :p  ]

Lukisan ani sebenaranya adalah salah satu aktiviti yang diberikan semasa aku menghadiri kursus kemahiran di Institut Perkhidmatan Awam di Rimba pada 2 hingga 7 Ogos 2010 yang lalu.  Taklimat kursus diberikan oleh Mr Ramachandran, dari Venk Management Consultant, Malaysia. Pada hari pertama menghadiri kursus, kami diarahkan untuk melukis diri sendiri menggunakan tangan kiri sekiranya kami adalah pengguna tangan kanan dan begitu jua sebaliknya. 

Menurut beliau, kaedah ani digunakan untuk meransang minda supaya berfikiran positif.  Jika kitani berfikiran positif, apa yang kitani rasa kitani inda dapat buat akan kitani usahakan sehingga boleh atau berfikir untuk menggunakan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah. Contohnya selama ani menulis menggunakan tangan kanan, pada mulanya dalam fikiran mesti terlintas "eh mana ku pandai" tapi sudah dicoba baru tah tahu. 

Nah atu tah hasilnya, hehe baaaiikkk jua lawa :D

p/s: Menurut Mr Rama, pengguna tangan kiri adalah merupakan orang yang kreatif ~ emm iQah menulis pakai tangan kiri...owh patutlah ea kreatif melukis hehehe.  Ani lukisan iQah untuk Babu Hajah, katanya gambar Raziqin hehe (",)


Selasa, 17 Ogos 2010

Buah Kurma.


Assalamualaikum, selamat berpuasa.  Insya Allah hari ani merupakan hari ke 6 kitani berpuasa

Bercakap pasal puasa, aku pasti semua teringat kurma.  Syukur Alhamdulillah, seperti tahun yang sudah-sudah kitani seluruh rakyat di negara ani akan menerima sepaket setiap seorang Kurma Kurnia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Waddaulah.  Sekarang ani ianya sudah dalam packing baru iaitu ukuran bekasnya bulat dan ada gambar Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Seperti yang kitani tahu, kurma sangat baik dimakan ketika bersungkai dan jua bersahur.  Antara kelebihan-kelebihan kurma ialah boleh memberi tenaga setelah seharian berlapar, melancarkan darah dan bagus untuk pencernaan perut.

Dirumah, kami ada 3 paket kurma tapi balum sampai seminggu sudah tia abis sekontena...ehmm...minta arah mama lah nanti kalau abis hehe.

Bye, jangan lupa sungkai karang makan kurma (";)

Sabtu, 14 Ogos 2010

Selamat Berpuasa.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum (",)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pembaca blog Permata @ Hati Kita yang beragama Islam.  Semoga di dalam bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan mengandungi berbagai-bagai kelebihan ani, segala amal ibadat kitani akan diterima dan mudah-mudahan diberikan ganjaran yang berlipat-lipat ganda oleh Allah Subhanu Wa Taala jua.  Amin Ya Rabbal Al Amin!