Isnin, 23 Ogos 2010

siapa tu...


Cuba teka ani siapa?

Ada imbas-imbas (iras) aku kah? hehe jauh banar eyh.  Pasalnya lawa lagi yang dalam lukisan atu bah hehe [ kes merendah diri lah tu konon :p  ]

Lukisan ani sebenaranya adalah salah satu aktiviti yang diberikan semasa aku menghadiri kursus kemahiran di Institut Perkhidmatan Awam di Rimba pada 2 hingga 7 Ogos 2010 yang lalu.  Taklimat kursus diberikan oleh Mr Ramachandran, dari Venk Management Consultant, Malaysia. Pada hari pertama menghadiri kursus, kami diarahkan untuk melukis diri sendiri menggunakan tangan kiri sekiranya kami adalah pengguna tangan kanan dan begitu jua sebaliknya. 

Menurut beliau, kaedah ani digunakan untuk meransang minda supaya berfikiran positif.  Jika kitani berfikiran positif, apa yang kitani rasa kitani inda dapat buat akan kitani usahakan sehingga boleh atau berfikir untuk menggunakan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah. Contohnya selama ani menulis menggunakan tangan kanan, pada mulanya dalam fikiran mesti terlintas "eh mana ku pandai" tapi sudah dicoba baru tah tahu. 

Nah atu tah hasilnya, hehe baaaiikkk jua lawa :D

p/s: Menurut Mr Rama, pengguna tangan kiri adalah merupakan orang yang kreatif ~ emm iQah menulis pakai tangan kiri...owh patutlah ea kreatif melukis hehehe.  Ani lukisan iQah untuk Babu Hajah, katanya gambar Raziqin hehe (",)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan