Ahad, 30 Januari 2011

Raziqin dah boleh duduk!



Assalamualaikum semua :D

Cheewaah! Raziqin dah pandai duduk ehehe TAPI bukan sendirinya dan belum lagi tetap punggungnya duduk, masih perlu diawasi takut 'nyuuuuuttt' nya tumbang ke siring atau kebelakang.  Bahaya!!

Nanti bulan Februari ani, Raziqin sudah 9 bulan! Waaah nda terasa masa begitu cepat berlalu, Raziqin nda lama lagi setahun!  Sekarang ani pun giginya dah bertambah jadi dua bilah hehe.  Minggu lepas, masa perjanjian ke kelinik, beratnya sudah mencapai 8.08 kg.  Kebanyakan masa cuti ani banyak meluangkan masa bersama, jadi Raziq makin rapat denganku.  Sampaikan bila melihat aku inda ada disebelahnya mesti ya menangis.  Aduh, takut ya mencari nanti  sudah ku balik semula bekerja, emmmm



Okey sampai sini dulu.  hihi aku ambil kesempatan update blog ani menggunakan laptop kebetulan anak-anakku sudah tidur, kalau inda tadi kan post pakai h/p saja tapi lambat sampai nda sampai hajat olehnya!

Khamis, 20 Januari 2011

Dimana kan tu...


Ani anakku, RasyiQah sama dua orang anak kakak ku, yang baju biru namanya Danish dan yang baju pink atu namanya Ikwan.  Gambar ani ku ambil hari Jumaat lepas baru balik dari kelas mengaji Muqaddam di Masjid Perpindahan Lambak Kanan.  Gambar ani apabila ku tanya adik bungsu ku samada ia tahu nama tempat atu.  Katanya restoran! hehe ada macam restoran kah?

Coba biskita amati dimanakah bisdia ani bergambar?

Ahad, 16 Januari 2011

Relex sekej@p.


Aku pada masa ani sedang bercuti tahunan =D Percaya atau inda kalau aku beritahu kali terakhir aku bercuti ialah pada Oktober 2009! Aku sendiri inda percaya sepanjang tahun 2010 aku hanya cuti 56 hari iaitu cuti beranak hihihi apa kes?  Jadi tahun ani aku ambil cuti selama 24 hari.  Bukan untuk balas dendam tapi saja kan banyak meluangkan masa bersama Raziqin.  Ada jua niat dalam hati kan menemani mama sekiranya mama berhajat kan jalan-jalan menguruskan persediaan untuk majlis perkahwinan adik ku yang insya Allah dicadangkan pada bulan Jun tahun ini.

Tapi....cuti lama-lama ani pun memberi ingau ati jua, manalah tahu sudah kembali bertugas banyak lah kerja kitani yang menunggu hmmm....  Apa agaknya nanti rakan seofisku yang tidak lama lagi akan melahirkan pada hujung Februari ni fikirkan setelah peraturan cuti beranak bagi pekerja wanita di sektor Kerajaan dan swasta dipinda daripada cuti selama 56 hari kepada 105 hari.  Wow! Siuk dirumah menjaga baby baru. Tapi aku baru 56 hari cuti sudah lupa nombor-nombor sambungan telefon di ofisku hehe, banar eyh! 

Apa-apa pun, bawa relex sekejap.  Cuba biskita lihat gambar di atas, ada biskita nampak anakku, Khairuraziqin?  Kalau dah jumpa, senyum saja (";)



p/s :  Alamak! rupanya aku terlupa pasal post iQah graduate di Pggmb tahun lepas...insya Allah nanti aku upload gambarnya. Tapi bukan hari ani.  Aku terpaksa upload video dulu ;D

Jumaat, 14 Januari 2011

Gigi pertama Raziqin!


Muhammad Khairuraziqin 5 Januari 2011 sudah berumur 8 bulan!

Yeeeaah!! Ada gigi sudah hehe ani gambar yang kami ambil tadi petang.  Berair liur semula Raziqin masa ani.  Nanti kalau banyak sudah giginya keluar, ada tah saja ni orang digigitnya (";)  Makin pintar sudah ya dan inda teranah kalau di limpangkan.  Yang lucu jua Raziqin sudah pandai kan membezakan siapa-siapa yang memegangnya berbaju lawa mesti dipikirnya kan membawa ya berjalan, nda ya mau di ambil. 

Baru-baru ani Raziqin terpaksa ku bawa ke pusat rawatan dan kecemasan di Ong Sum Ping pasalnya ampus kan dibawa bersiruk!  Aku pada masa ani heran kenapa kalau ku tanya ada obak batuk atau selesma untuk baby, mesti Doktor atau jururawat akan beritahu "inda ada obat selesma atau batuk untuk anak damit dibawah 1 tahun".  Emmm heran! Apatah kan ku beri untuk meredakan demam atu? Bila ku cakap boleh beri paracetamol, katanya jangan diberi kecuali apabila badannya panas.  Ertinya dibiarkan tah saja baby atu selesma atau batuk? Kesian tu!  Tapi kalau di bawa ke kelinik swasta ada pun obatnya.  Kata kakak ku ada kemungkinan masa ani obat batuk dan selesma kanak-kanak dikawal pemberiannya di kelinik Kerajaan pasal ada salahguna ibu bapa! Katanya mana tau ada ibubapa yang 'silahau' memberi makan obat atu secara berlebihan supaya anak-anak inda berkusut......emmm entahlah mungkin benar atau mungkin jua salah tekaan kakak ku atu.

Sampai jumpa lagi, mudah-mudahan anakku, Raziqin makin sembuh dan sehat semula, Amin Ya Rabbal Alamin!

Khamis, 13 Januari 2011

Consumer Fair pt 7 & Ocean World.

Hampir aku terlupa pasal 'trip' kami ke ICC meninjau Consumer Fair Part 7 dan juga Ocean World.  Aku bersama mama, kakak ku, dua adik ku dan anak-anakku mengambil peluang ke sana pada hari Jumat, 7 Januari 2011 di sebelah tengahari.  Nasib kami baik kerana yang datang untuk masuk ke Ocean World pada waktu itu masih belum ramai.  Tiketnya berharga  $1.00 (Raziqin inda payah bayar tiket ehe)! Aku mengendong Raziqin dan mungkin oleh kerana ketakutan di jalan masuknya gelap, Raziqin memelukku dengan kuat!  Sudah di kawasan dalam yang luas, baru tah ya melepaskan tangannya.  Siuk jua membawa anak damit ani tapi ngaleh sampai aku duduk di lantai pura-pura posing bergambar ehehe padahal kan merehatkan kaki!  Sesudah keluar dari Ocean World, ramainya orang di kawasan pameran Consumer Fair! Wohoo, buleh hilang kalau iQah ku lepaskan seorang diri. 


Ani mama sama anakku, RasyiQah. Si lateng ku ani, kalau pasal bergambar mesti kan posing saja.  Katanya kan jadi 'korea' uhuhu sampai sanggup pakai bootnya yang sempit!  Kami ke sana semula sebelah malam, iQah makin tah kan bergaya pasalnya sempat ya membeli 'spec' warna pink masa kami shopping petang atu, semua tah gambarnya pakai 'spec' dan jari 'peace'nya atu inda mau tinggal hihi.



Nanti lagi kesana kalau ada consumer fair tapi mesti ingat supaya jangan pakai sandle tumit tinggi, ngaleh!

p/s ocean world sekiranya ada lagi diadakan masa akan datang, bisai tah di tempat yang lebih luas dan sediakan lah jua kerusi untuk berehat =D

Terima Kasih 2010!

Selamat Datang Tahun 2011, semoga kehadiranmu membawa Rahmat dariNYA dan banyak kebaikan serta keberuntungan untuk kami sekeluarga....Amin =)

Selamat Tinggal Tahun 2010, semoga apajua kebaikan dan kegembiraan serta kebahagiaan yang datang bersamamu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kami dan semoga Allah akan memberikan kebahagiaan-kebahagiaan tersebut berterusan di tahun baru ini......Amin =) dan semoga apajua kepayahan yang dialami akan menjadi 1 pengalaman dan pengajaran sebagai bekal di tahun baru!