Ahad, 16 Januari 2011

Relex sekej@p.


Aku pada masa ani sedang bercuti tahunan =D Percaya atau inda kalau aku beritahu kali terakhir aku bercuti ialah pada Oktober 2009! Aku sendiri inda percaya sepanjang tahun 2010 aku hanya cuti 56 hari iaitu cuti beranak hihihi apa kes?  Jadi tahun ani aku ambil cuti selama 24 hari.  Bukan untuk balas dendam tapi saja kan banyak meluangkan masa bersama Raziqin.  Ada jua niat dalam hati kan menemani mama sekiranya mama berhajat kan jalan-jalan menguruskan persediaan untuk majlis perkahwinan adik ku yang insya Allah dicadangkan pada bulan Jun tahun ini.

Tapi....cuti lama-lama ani pun memberi ingau ati jua, manalah tahu sudah kembali bertugas banyak lah kerja kitani yang menunggu hmmm....  Apa agaknya nanti rakan seofisku yang tidak lama lagi akan melahirkan pada hujung Februari ni fikirkan setelah peraturan cuti beranak bagi pekerja wanita di sektor Kerajaan dan swasta dipinda daripada cuti selama 56 hari kepada 105 hari.  Wow! Siuk dirumah menjaga baby baru. Tapi aku baru 56 hari cuti sudah lupa nombor-nombor sambungan telefon di ofisku hehe, banar eyh! 

Apa-apa pun, bawa relex sekejap.  Cuba biskita lihat gambar di atas, ada biskita nampak anakku, Khairuraziqin?  Kalau dah jumpa, senyum saja (";)



p/s :  Alamak! rupanya aku terlupa pasal post iQah graduate di Pggmb tahun lepas...insya Allah nanti aku upload gambarnya. Tapi bukan hari ani.  Aku terpaksa upload video dulu ;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan