Khamis, 13 Januari 2011

Consumer Fair pt 7 & Ocean World.

Hampir aku terlupa pasal 'trip' kami ke ICC meninjau Consumer Fair Part 7 dan juga Ocean World.  Aku bersama mama, kakak ku, dua adik ku dan anak-anakku mengambil peluang ke sana pada hari Jumat, 7 Januari 2011 di sebelah tengahari.  Nasib kami baik kerana yang datang untuk masuk ke Ocean World pada waktu itu masih belum ramai.  Tiketnya berharga  $1.00 (Raziqin inda payah bayar tiket ehe)! Aku mengendong Raziqin dan mungkin oleh kerana ketakutan di jalan masuknya gelap, Raziqin memelukku dengan kuat!  Sudah di kawasan dalam yang luas, baru tah ya melepaskan tangannya.  Siuk jua membawa anak damit ani tapi ngaleh sampai aku duduk di lantai pura-pura posing bergambar ehehe padahal kan merehatkan kaki!  Sesudah keluar dari Ocean World, ramainya orang di kawasan pameran Consumer Fair! Wohoo, buleh hilang kalau iQah ku lepaskan seorang diri. 


Ani mama sama anakku, RasyiQah. Si lateng ku ani, kalau pasal bergambar mesti kan posing saja.  Katanya kan jadi 'korea' uhuhu sampai sanggup pakai bootnya yang sempit!  Kami ke sana semula sebelah malam, iQah makin tah kan bergaya pasalnya sempat ya membeli 'spec' warna pink masa kami shopping petang atu, semua tah gambarnya pakai 'spec' dan jari 'peace'nya atu inda mau tinggal hihi.



Nanti lagi kesana kalau ada consumer fair tapi mesti ingat supaya jangan pakai sandle tumit tinggi, ngaleh!

p/s ocean world sekiranya ada lagi diadakan masa akan datang, bisai tah di tempat yang lebih luas dan sediakan lah jua kerusi untuk berehat =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan