Rabu, 24 Julai 2013

Permakanan Sehat di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum, selamat menjalani ibadat puasa.  Hari ani sudah masuk hari ke 15, inda terasa sudah dipertengahan Ramadhan.

Tapi belum terlambat untuk aku mengongsikan tips yang disyorkan oleh Pusat Promosi Kesihatan (Health Promotion Centre) melalui laman facebooknya Hpcbrunei.  Sementara itu salah satu iklan dalam Pelita Brunei keluaran 24 Julai 2013 ada menyenaraikan 12 tips kesihatan ketika berpuasa iaitu:

  1. Sunat menyegerakan sungkai
  2. Mulakan bersungkai dengan 3 biji buah kurma atau buah-buahan segar bersama segelas air putih
  3. Kita disunatkan untuk merehatkan perut untuk sementara waktu ketika bersungkai untuk mengelakkan daripada kekejutan atau kembung.  (mungkin nya Orang Brunei 'ketumbukan')
  4. Makan dengan seimbang dan dalam kuantiti yang sederhana
  5. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan utama makanan sehari; sungkai, selepas Tarawih dan sahur.  Pilih makanan ringan yang sehat selepas Tarawih
  6. Bersahur adalah digalakkan ketika berpuasa
  7. Kita digalakkan untuk bersahur sekurang-kurannya 30-45 minit sebelum Imsak
  8. Semasa bersahur, makan makanan yang tinggi serat kerana ia dapat membantu mengelak daripada merasa lapar
  9. Banyakkan minum air putih.  Gunakan sistem 3-2-3 iaitu 3 gelas air semasa bersungkai, 2 gelas air selepas sembahyang Tarawih dan 3 gelas air semasa bersahur
  10. Kurangkan makan kuih-muih yang manis ketika berbuka puasa
  11. Elakkan makan makanan yang berminyak, berlemak, terlalu pedas dan manis kerana makanan tersebut boleh menyebabkan sakit perut atau gastrik (dugal)
  12. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti teh, kopi dan minuman bergas untuk mengelakkan daripada kekurangan air semasa berpuasa.



 

Selasa, 9 Julai 2013

Selamat Berpuasa.

Seperti yang semua sedia maklum, kitani akan mula berpuasa pada hari Rabu, 10 Julai 2013.

Semoga kitani semua dipermudahkan segala urusan terutama sekali niat kan menambah amal ibadat dalam bulan Ramadhan yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda, Amin.


Semoga hari-hari kitani ceria walau dalam keadaan menahan lapar dan dahaga, liat saja gambar anakku, Raziqin ani gerenti parut lapar mulanya kan marah jadi lembut hati kan tertawa hehe.  gambar ku ambil dari fb adikku bertarikh 4 Januari 2012.  

p/s Puasa tahun ani dirumah baru mesti banyak cabarannya.

Sabtu, 6 Julai 2013

Alahai Raziqin.

Anakku Raziqin 5 Mei yang lepas sudah masuk 3 tahun. 


Semakin hari semakin berat walaupun inda berapa suka makan nasi. Bulan lepas saja beratnya sudah 14.8kg.  Sakit jua belakang kalau membawa naik tangga dalam keadaannya tidur.  Pandai sudah memilih apa kek untuknya birthday.  "Adik mau spiderman"!

Ganya sakit jua kepala memikirkan ulahnya bila pagi-pagi dan petang inda mau ditinggalkan kerja.  "mami sama adik saja", "mami jangan keraja".  Bila dibawa ke kedai untuk dipujuk supaya tinggal di rumah, Raziq beli mainan yang ada patung ironman, superman dan lain-lain.  Hari lain dipujuk lagi, bawa ke kedai ia beli lagi mainan yang sama.  Aduh duh duh..... Pernah satu ketika bila sudah siap mentest kereta control sport warna kuning, sudah disimpan di 'cashier' untuk dibayar, Raziq mahu pilih kereta besar lagi.  Terduduk ia dilorong kedai bila aku melarangnya membeli.  Mau inda mau terpaksa babahnya angkat bawa ke 'cashier' suruh pilih mau kereta sport atau kereta besar.  Akhirnya kereta kuning sport jadi pilihan.


Raziq suka main bola.  Hari-hari Raziq main bola.  Hehehe takde lah.  Gambar diatas diambil ketika kami sibuk-sibuk membersih rumah baru tapi belum lagi pindah.  Raziq berani kesebelah ikut bermain.  Sekarang ani bila bangun pagi hari Jumaat atau hari minggu, ada tia memberitahu "adik mau arah uncle Gman".  Kadang-kadang aku ingau hati, manatau Raziq sendiri kesebelah tanpa memberitahu kami.


Ani Raziq 'menolong' memvacuum di rumah baru. Apabila dilarang, cakapnya "adik saja, adik saja".  Sikap "pengagahi"nya atu kadang-kadang memberi marah jua.  Suka mengacau kitani membuat kerja.  Ada kawanku dalam fb mengomen katanya "ari atu siram bunga, ani memvacuum, karang memasak pun kan ikut jua x".  Tepat sekali tekaanya.


Ditinggalkan dirumah sama nininya, Raziqin selalu "membantu" didapur.  Kata mama inda ya mau-mau kan menutuk udang karing buat sambal.  Rajin banar anakku! Amin Amin Ya Rabbal Alamin, mudah-mudahan sampai kebesar ada sifat suka membantu di rumah dan mudah-mudahan sifat 'pengusut' inda tantu pasal dan sikap 'pengagahi'nya atu akan hilang sedikit demi sedikit!

Sampai sini saja dulu, kitani jumpa lagi akan datang.  Insya Allah.