Rabu, 24 Julai 2013

Permakanan Sehat di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum, selamat menjalani ibadat puasa.  Hari ani sudah masuk hari ke 15, inda terasa sudah dipertengahan Ramadhan.

Tapi belum terlambat untuk aku mengongsikan tips yang disyorkan oleh Pusat Promosi Kesihatan (Health Promotion Centre) melalui laman facebooknya Hpcbrunei.  Sementara itu salah satu iklan dalam Pelita Brunei keluaran 24 Julai 2013 ada menyenaraikan 12 tips kesihatan ketika berpuasa iaitu:

  1. Sunat menyegerakan sungkai
  2. Mulakan bersungkai dengan 3 biji buah kurma atau buah-buahan segar bersama segelas air putih
  3. Kita disunatkan untuk merehatkan perut untuk sementara waktu ketika bersungkai untuk mengelakkan daripada kekejutan atau kembung.  (mungkin nya Orang Brunei 'ketumbukan')
  4. Makan dengan seimbang dan dalam kuantiti yang sederhana
  5. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan utama makanan sehari; sungkai, selepas Tarawih dan sahur.  Pilih makanan ringan yang sehat selepas Tarawih
  6. Bersahur adalah digalakkan ketika berpuasa
  7. Kita digalakkan untuk bersahur sekurang-kurannya 30-45 minit sebelum Imsak
  8. Semasa bersahur, makan makanan yang tinggi serat kerana ia dapat membantu mengelak daripada merasa lapar
  9. Banyakkan minum air putih.  Gunakan sistem 3-2-3 iaitu 3 gelas air semasa bersungkai, 2 gelas air selepas sembahyang Tarawih dan 3 gelas air semasa bersahur
  10. Kurangkan makan kuih-muih yang manis ketika berbuka puasa
  11. Elakkan makan makanan yang berminyak, berlemak, terlalu pedas dan manis kerana makanan tersebut boleh menyebabkan sakit perut atau gastrik (dugal)
  12. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti teh, kopi dan minuman bergas untuk mengelakkan daripada kekurangan air semasa berpuasa.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan