Rabu, 14 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434/2013

Assalamualaikum.

Kepada pembaca blog ani diucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri 1434/2013, mohon maaf zahir dan batin dan didoakan semoga amal kebajikan yang kitani laksanakan akan diterima olehNya jua dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.  Dan semoga kehadiran Aidilfitri ini akan mengeratkan silaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Amin Ya Rabb.

Raya tahun ani ada kelainan sedikit bila kami sekeluarga 'ber bus' berkunjung ke rumah adik kepada ibu ku di Seria yang menjemput ke rumah terbuka beliau. Kami menyewa bas untuk perjalanan ke Kuala Belait bagi memastikan kami datang bersama-sama - inda incit-incit dan tidak perlu 'convoy'.  5 buah kereta termasuk keretaku di parkir kan dirumahku, semua ahli keluarga - ibu-bapaku, nenek dan ibu saudaraku, adik-beradik termasuk anak-anak masing-masing dan ibu mertua kepada adikku berkumpul dahulu sebelum memulakan perjalanan.  Selepas minum pagi dan semua sudah naik kedalam bas, kami beramai-ramai membaca Surah Al-Fatihah bagi memohon keberkatan semoga perjalanan lancar dan selamat.




Tidak kami menyangka gambar diatas telah di'post' di dalam facebook ruangan Fantastic brunei issue oleh kawan kepada adikku.  Bermacam-macam komen yang diterima, ada yang positif tidak kurang juga yang negatif. Walau bagaimanapun, kami semua merasa bersyukur sudah selamat sampai ke tempat yang dituju dan selamat jua balik ke rumah masing-masing.  

Untuk makluman, beraya menaiki bas bukanlan perkara baru malah ianya sudah pernah dipraktikkan oleh rombongan anak-anak murid kakakku dari Maktab Sains yang pernah berkunjung ke rumah kami dan rumah rakan-rakan mereka yang lain menggunakan bas.  yangmana  menurut kakakku, anak-anak muridnya berkongsi membayar sewa bas tersebut. Gambar dari tahun lepas [kredit kepada Fantastic brunei issue].


 

Okey, sampai sini saja dulu.  Kitani jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan