Selasa, 28 Disember 2010

Bila Nenda Menyanyi =D

Hari Jumaat yang lepas, aku bersama mama dan anak-anaku telah berkunjung ke rumah nenek di kawasan Perumahan Rimba.  Nenek, ibu kepada mama semestinya berasa gembira kami datang, tambah lagi cicit yang baru ada dibawa bersama.  Walau pun anakku, Raziqin kadang-kadang menangis bila dipegang nenek tapi masih jua nenekku mahu kan memegang. 

Bila nenek melihat Raziqin bertepuk tangan (";) nenek pun "menyanyi" bunyinya macam ani:-

"Cuk cuk surapit,
Surapit daun limau,
Tangannya terkapit,
Ditangkap oleh harimau"

"Daup-daup papan,
Tembayangan kupu-kupu,
Datang sudah bapanya,
Membawa setin susu".

Hehe keluar tarus rangkap-rangkap pantun nenekku.  Aku pun apa lagi men'save' dalam handphoneku takut terlupa!  Aduh alum lagi tua sudah tah pelupa :p sedangkan nenek sudah tua masih lagi ingat lagu-lagu kanak-kanak zaman dahulu.  Lagu-lagu kanak-kanak Brunei sudah jarang kitani dengar seperti lagu 'oh kanak-kanak', 'cok kerapang', 'camcam brit' dan lain-lain lagi.  Aku sendiri inda hafal lirik lagu-lagu atu.  Adalah jua yang aku suka menyanyikan semasa memegang Raziqin supaya teranah.


Cabuk-Cabuk Betali Rambai.

"Cabuk-cabuk bertali rambai,
sudah rambai bertali purut,
orang ditabuk kencang melambai,
kalaulah kasih kemari turun."

Kecil-kecil dimanja ibu,
sudah besar rindu-rinduan
kalaulah olah inda menantu,
oranglah lain benci-bencian."


Ambok Ditunjang.

"Ambok ditunjang
Bermata-mata bilah
membuka tindulang
membaca Bismilah.

Duduk bersila,
Membasuh tangan kanan,
Makan jangan bercerita,
Nanti ketulangan.

Minum aing ditudung periuk,
Petua orang ketulangan.
Kalau mengarik dalam periuk,
Membuat orang ingau-ingauan.".


Sampai sini saja dulu.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011,
Buat azam baru untuk maju =D

Rabu, 22 Disember 2010

Joging di Taman Peranginan Tasek


Kemana dan bahapa biskita hari minggu ani?

Hari Ahad lepas kami pergi joging di Taman Peranginan Tasek.  Kami datang sekitar jam 8.15 pagi, sudah penuh tempat parkir kereta dan orang pun sudah ramai.  Aku pergi kesana bersama anakku, RasyiQah, adik bungsuku dan kakak ku bersama suami dan anak-anaknya.  Waaah! ramainya orang. 

Ada sekumpulan keluarga (barangkali) sedang bersenam secara berkumpulan di pantaran (beranda) yang mula-mula kitani jumpa jika masuk ke Taman disana.  Mungkin mereka mengadakan Hari Keluarga.  Aku terdengan ada cabutan nombor bertuah beberapa minit selepas mereka selesai bersenam. "Siuk jua aah" kataku dalam hati.

Lama sudah inda kesana, ani pun iQah yang iski kan ikut anak-anak kakak ku. Lain kali lagi kesana kalau ada masa, insya Allah kan bawa Raziqin pasalnya ku lihat ramai yang membawa baby jua kesana.  iQah sudah berjanji kalau kesana lagi kan bawa basikalnya jua, ehem kes dengki melihat kanak-kanak sebayanya berbasikal.

Sampai jumpa lagi.  Assalamualaikum.

Isnin, 6 Disember 2010

Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan!

Sedangku memilih gambar-gambar dalam 'handphone'ku, aku tersenyum melihat video anakku, Raziqin bertapuk tangan kalau ia mendangar kami menyanyi lagu ani :-

"Kalau rasa gembira tepuk tangan.
 Kalau rasa gembira tepuk tangan.
Kalau rasa gembira katakan pada Raziqin
kalau rasa gembira tepuk tangan".

Jadi aku cuba 'upload' video atu ke Youtube.  Kalau biskita kan meliat, click saja video di bawah ani.



note: video taken on 30 November 2010.