Rabu, 17 November 2010

Khairuraziqin 6 bulan.

Assalamualaikum.

Anakku, Khairuraziqin bulan sebelas ani enam (6) bulan, Alhamdulillah.  

Dua minggu kebelakangan ani Raziqin demam, batuk dan selesma yangmana semasa demam atu ia kurang menyusu pasalnya asal saja menyusu kemudian batuk eatah Raziqin muak (muntah).  Ani menyebabkan timbangannya inda berapa naik.  Masa perjanjian minggu lepas beratnya 7.470! sahaja, sedangkan bulan lepas beratnya 7.345kg!

Sekarang ani Raziqin sudah sehat, Alhamdulillah tapi menjangkit arah mamanya ani tia lagi...emmm.  

Kanak-kanak damit berusia 6 bulan sudah boleh diberi makan bubur jadinya untuk percobaan aku memberi Raziqin roti yang ku bancuh bersama air suam atau susu.  Tapi sudah baik dari demam ani aku buatkan Raziqin bubur nasi.  Eatah sudah ya pandai makan ani asal meliat orang makan 'gerenti' ia macam menelan air liur ehehe.  Kelmarin masa mencari website menu untuk baby aku terjumpa blog dari Indonesia yang ada sangkutpaut pasal makanan untuk anak damit 6 bulan. Nama blognya AnneAhira.com.

Raziqin sudah dapat didudukkan dalam 'walker'.  Gambar-gambar yang ku masukkan dalam slide dibawah ani aku ambil dari Facebook adikku.  Thank you Nan (",)




Post akan datang insya Allah aku kan bercerita pasal anakku, Rasyiqah.  Iqah lepas selesai exam sibuk berlatih untuk konsert PGGMB yangmana ada majlis konvokesyen pada 28 November 2010. 

Bah sampai sini saja dulu, jumpa lagi akan datang.