Jumaat, 26 Mac 2010

Dengan izinNYA jua..

Hari Jumaat lepas, 19 Mac 2010 lepas ke salon dangani my sis gunting rambut, kami ke kelinik di Gadong. Kami sampai di sana kelurusan inda ada customer. Aku kesana kan berultrasound!.

Perut ku minggu ani sudah masuk 31 minggu & kali terakhir aku berultrasound ialah Disember taun lepas. Setiap kali appointment aku tanya bila aku ultrasound tapi kata nurse inda lagi payah. Jadi ku pikir inda salah aku coba ultrasound di kelinik swasta. Kelurusan dulu masa 1st ultrasound aku sudah bejanji dengan iQah kan bawa ia jua tapi inda sampai. Kali ani tertunai sudah janji atu.

EDD ku nanti ialah 17 Mei, insya Allah. Tapi semua atu kuasa dan dengan izinNYA jua bila tarikh sebenarnya nanti. Aku berdoa mudah~mudahan anak dalam kandunganku ani sehat wal~afiat dan semoga Allah memelihara kami dan memudahkan urusan kelahirannya nanti, AMIN YA RAB ALAMIN!

p/s: kepada keluarga dan teman~teman tolong doakan kami jua, t.k (",)

Salam Mama iQah.
Post via hp...26.3.2010.

Isnin, 8 Mac 2010

Expo Anugerah Kampung Cemerlang (AKC)


Hari Ahad, 14 Februari 2010, Tahun Baru Cina, kami (aku, my iQah, kakaku dan si Nashier) ke ICC meliat expo jual-jualan produk Majlis Perundingan Mukim & Kampung (MPMK) seluruh negara bersempena Expo AKC yang kelmarinya di rasmikan oleh KDYMM.

Aku iski kan membawa iQah kesana pasalnya kan suruh ea meliat ada perahu damit yang enjin nya jua damit hehe cute. Perahu atu 'display' untuk Majlis Perundingan Kampung Sungai Matan. Ada jua kana ampaikan lauk bilis & udang karing berjamur. Peralatan yang orang kampung gunakan untuk menangkap ikan, ketam dan udang pun ada jua dipamerkan disana seperti bintur, rambat, bubu dan sebagainya. Office mate ku bercerita pasal lauk liking yang dibelinya di sana, Alhamdulillah nyaman katanya.

iQah ada bergambar sama replika kulat, hasil produk salah satu MPMK di Daerah Temburong. Hehe kulat katun Smurf bisai ni. Ada jumpong iaitu sejenis perahu panjang yang digunakan sebagai pengangkutan di Daerah tersebut turut menjadi perhatian iQah. Rumah durong padi tempat menyimpan padi, tempat ayam mengeram telor (hehe kalau salah tolong luruskan) pun iQah iski kan bergambar. Mulanya iQah kan naik masuk ke rumah durong padi atu tapi aku melarang, takut roboh hehe.


Oleh kerana 'long overdue' udah expo ani jadinya ada gambar yang sudah ku delete, leaflet pun nda lagi ku teringat dimana aku simpan. Ada water fountain, jambatan dan kelapa bersusun arah petak pameran Daerah Tutong yangmana salah satu produk Daerah tersebut yang mungkin lain daripada yang lain ialah penghasilan Minyak Kelapa Dara. Daerah Belait kalau inda ku silap, produk yang bisdia pamerkan ialah penghasilan kuih-kuihan seperti dodol. Semasa pembukaan rasmi ada orangnya bermasak-masak disana.

Expo pada hari atu ada petak jual-jualan produk seperti keropok, mee basah, kuih-kuih kering, penjualan ubat-ubatan dan bermacam-macam produk lain lagi hasil buatan orang tempatan.



Sampai sini saja dulu,
Salam mama iQah.

macam-macam saja..

Assalamualaikum.
Lama udah nda ku update blog ku ani....banyak udah 'kiv' hehe. Dari cerita kami ke ICC meliat expo Anugerah Kampung Cemerlang ada jual-jualan produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Hari Kebangsaan kelurusan hari jadi adikku, si Nashier yang ada bisdia main bouncer time hujan sampai Ikah damam panas, cuti Maulud Nabi termasuklah hal-hal yang memeningkan kepala bukan aku saja barang kali semua orang yang terlibat pasal credit card, cuti yang kana kurangkan dan lain-lain lagi lah.
Cerita yang terbaru, baru jua ari Sabtu lepas.....CACAK ada dalam kereta Mazdaku!!! uwaaa nda ku mau naik kereta ku walaupun udah ku start! NDA!! eeeeiii sasak ku cacak atu eyh... ahernya mama yang antar aku ke kelinik & petangnya aku keraja pakai kereta bapa hahaha. tapiiii tadi pagi terpaksa jua ku drive emmm mudahan cacak atu udah keluar lapas bapa men'spay' sheltox.
Bah sampai sini saja dulu.
Salam mama Ikah.

Me w my iQah masa makan di Secret Recipe 14 Februari 2010....kana lanja x aa (",)