Isnin, 8 Mac 2010

Expo Anugerah Kampung Cemerlang (AKC)


Hari Ahad, 14 Februari 2010, Tahun Baru Cina, kami (aku, my iQah, kakaku dan si Nashier) ke ICC meliat expo jual-jualan produk Majlis Perundingan Mukim & Kampung (MPMK) seluruh negara bersempena Expo AKC yang kelmarinya di rasmikan oleh KDYMM.

Aku iski kan membawa iQah kesana pasalnya kan suruh ea meliat ada perahu damit yang enjin nya jua damit hehe cute. Perahu atu 'display' untuk Majlis Perundingan Kampung Sungai Matan. Ada jua kana ampaikan lauk bilis & udang karing berjamur. Peralatan yang orang kampung gunakan untuk menangkap ikan, ketam dan udang pun ada jua dipamerkan disana seperti bintur, rambat, bubu dan sebagainya. Office mate ku bercerita pasal lauk liking yang dibelinya di sana, Alhamdulillah nyaman katanya.

iQah ada bergambar sama replika kulat, hasil produk salah satu MPMK di Daerah Temburong. Hehe kulat katun Smurf bisai ni. Ada jumpong iaitu sejenis perahu panjang yang digunakan sebagai pengangkutan di Daerah tersebut turut menjadi perhatian iQah. Rumah durong padi tempat menyimpan padi, tempat ayam mengeram telor (hehe kalau salah tolong luruskan) pun iQah iski kan bergambar. Mulanya iQah kan naik masuk ke rumah durong padi atu tapi aku melarang, takut roboh hehe.


Oleh kerana 'long overdue' udah expo ani jadinya ada gambar yang sudah ku delete, leaflet pun nda lagi ku teringat dimana aku simpan. Ada water fountain, jambatan dan kelapa bersusun arah petak pameran Daerah Tutong yangmana salah satu produk Daerah tersebut yang mungkin lain daripada yang lain ialah penghasilan Minyak Kelapa Dara. Daerah Belait kalau inda ku silap, produk yang bisdia pamerkan ialah penghasilan kuih-kuihan seperti dodol. Semasa pembukaan rasmi ada orangnya bermasak-masak disana.

Expo pada hari atu ada petak jual-jualan produk seperti keropok, mee basah, kuih-kuih kering, penjualan ubat-ubatan dan bermacam-macam produk lain lagi hasil buatan orang tempatan.



Sampai sini saja dulu,
Salam mama iQah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan