Rabu, 21 Julai 2010

Rumah itu Tabungku.


Minggu lepas, kakak ku ada menghadiahkan anakku, RasyiQah sebuah rumah sempena hari jadi iQah yang ke 6 tahun.  [ Terima kasih Lin, kalau rumah banar, Alhamdulillah! ] LAWA! Lawa kan! Ada gambar princess lagi tu =)


Rupanya rumah atu bukan mainan tapi tabung untuk menyimpan duit (ada tabung untuk menyimpan lain kan?...ehehe).  Gambar ani ku ambil semasa dalam kereta, nda lagi tertunggu kan naik ke rumah sudah ku gambar.


Kakak ku membeli tiga set rumah dengan berlainan bentuk dan saiznya.  Katanya ia menempah dari kawan sekerjanya dengan harga yang berpatutan. Kakak ku minta buatkan yang besar saiznya semacam rumah dua tingkat berwarna coklat.  Untuk adik ku yang kebetulan akan menyambut hari jadinya hujung bulan Julai ani kakak ku tempahkan sebuah rumah bersaiz sederhana berwarna pink dan putih dan saiznya kecil sedikit dari rumah iQah.

Kalau biskita berminat untuk minta buatkan tabung rumah ani sila tempah sekarang! Kan minta buatkan rumah banar pun boleh jua =D

Sampai sini saja dulu, kan memasukkan usin pacah ke dalam tabung ku dulu.  Bye!

Ahad, 11 Julai 2010

raziqin 2bulan sudah, yea

"ini raziq   yang  kiut  dan  comel  lah  raziq  ini  adalah  adik  rasyiqah binti nazri. aku suka kacau raziq".

Khamis, 8 Julai 2010

Ayat-ayat bukan cinta :)

Untuk sementara waktu ani aku rehat cerita pasal anak-anak ku. 

Kan cerita pasal sepupuku Awang Gnawa, salah seorang 'friend' dalam Facebook (FB) ku yang status FBnya setiap kali ku baca membuat ku tersenyum.  Ayat-ayat yang digunakan olehnya apa nya orang kitani berirama macam pantun. 

Aku kongsi status FBnya disini:-

  • Aduh! panas dlm melanda.. Bibir ulser.. Telinga bangal uleh nya haa.. Buleh udah bawa berehat ne :'s ..bla ..bla ..bla
  • Dari pasar malam Menyimpang ke Sim Kim Huat.. Aku sokong Spain karang.. Biar tia German kuat.. ;p aha..
  • Wah sunyi nya malam tanpa bola.. Mata ku layu kan tidur saja.. Tapi ada bunyi macam geruda.. Rupanya parut ku lapar garut2 bunyi nya.. Hahah.. ;p
  • Sebak rasa.. Sesak terasa.. Seksa kurasa.. Kura'kurasa..Kan tidur saja.. Suspen ajaaa.. :)
  • Tidak akan jadi masalah.. Jika tidak memikirkannya sebagai satu masalah.. Jadi Fikiran yang bermasalah.. Apa tah salah.. hahah ..Atu lalah.. :p
  • Masa ane yg susah tambah susah.. Yg senang tambah senang.. Inda lagi pakai bersusah dahulu bersenang kemudian.. Sekian dahulu itu takdir&cobaan.. Bah tidor ku dahulu shutdown+smackdown hahaha..
  • Basah bumi kerana hujan.. Turun mengalir jadi saliran ke laut dalam.. Tempat ikan berenang dan nelayan cari makan.. Untuk bekalan sepanjang jalan.. Semua anugerah tuhan..
Bukan atu saja, Awang Gnawa ani merupakan penyanyi utama Heroshi Band, band tempatan kitani.  Klik Heroshi Band dalam kotak serach FB untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.