Isnin, 18 Oktober 2010

Syukran ya Allah!

Dua minggu sudah berlalu bulan Oktober dan hampir sebulan lebih aku inda me'update' blog ku ani.  Banyak perkara yang akan ku share disini tapi selalu ada hal yang menyebabkan ku menunda hajat mempost hehe bukan pasal malas tapi entah lah kenapa...


Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri tahun ani meriah dengan kehadiran 'member' baru kami iaitu baby Raziqin tapi kami inda balik ke Temburong atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Alhamdulillah baik jua Raziqin & Rasyiqah inda berulah semasa beraya di rumah saudara mara, adalah jua sekali sekala.  Kenangan yang mungkin lucu bagiku ialah bila jadi tukang masak yang tidak bertauliah masa openhouse dirumah bis bapa&mama hehe. Kes lauk kan dihidang hampir kehabisan sedangkan yang mahu datang masih lagi ramai.  Adik ku, Sabrenah ingau ati pasal 'student'nya kan datang. Jadi terpaksa mengoder lagi satay dan ketupan, rabus telor, pasal ada kuah satay. Nda kan atu saja? Ehmm jadinya aku offer kan masak mee hoon (uhuu baru lagi nie) nyaman atau inda aku pun inda pasti yang penting habis (";).

Hari Guru 23 September 2010

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Negara Brunei Darussalam amnya dan kakak ku, HMZ khasnya.  Semoga segala bakti, jerih payah dan usaha kalian dalam mendidik anak bangsa serta anak-anak ku dan anak-anak buah akan diberkati Allah jua. 

Convocation

Tahniah kepada adikku, Sabrenah binti Haji Ramle dan tunangnya yang telah menerima ijazah mereka masing-masing pada hari Khamis, 30 September 2010 yang lalu.  Didoakan semoga berjaya dan akan terus maju dalam apa jua bidang yang akan mereka ceburi.


Hari Jadiku (",)

Waah, banyak nombor tiga-ku tahun ani hehe, pada 3 Oktober yang sudah aku telah di'harijadikan' oleh keluargaku sempena hari jadi ku yang ke tiga puluh tiga tahun hehehe.  Gumbira ku sangat-sangat, ada kek lagi tu =)    Terima kasih kepada keluarga ku yang telah bersusah payah menjayakan majlis hari jadiku (chewaah). Tanpa kalian siapalah aku (tsk..tsk...tsk...terharu ku eyh).



"Ya Allah, semoga ulang tahun kali ani aku akan dapat mendidik hati untuk menjadi semanis-manis hati yang bisa"

Raziqin 5 bulan.

Alhamdulillah, berat Raziqin masa perjanjiannya bulan lepas makin naik iaitu 7.345 kilo.  Sekarang ani sudah pandai bertiarap!  Makin pintar berbunyi-bunyian hehe macam orang sedang bernyanyi'.  Oleh kerana Raziqin sudah pandai bertiarap, aku kadang-kadang ingau ati kan meninggalkan Raziqin seorang dalam bilik atas katil bukan atu saja, iQah pun pandai-pandai sendirinya kan mendudukan adiknya di pangkuannya.  Tapi syukur jua dapat jua membawa main adiknya (",) Semoga Allah memeliharakan kami semua dari mara bahaya, Amin!


Rasyiqah dan Awen

Adik-adik ipar ku dari Temburong telah bermalam di rumah kami dan kebetulan bisdia datang semasa majlis doa kesyukuran haji jadiku (",).  iQah apalagi suka hatinya berjumpa Awen, anak adik iparku.  Mana inda batah inda berjumpa dan sempat lagi ke pantai.


Nampak gayanya posting kali ani terlebih sudah.  Nanti-nanti lagi aku sambung, Insya Allah.



Bah atu saja, Assalamualaikum (",)