Khamis, 3 Mei 2012

Besar harapan ini....

Minggu depan anakku, Raziqin insya Allah akan genap 2 tahun iaitu pada 5 Mei 2012. Nda terasa masa begitu cepat berlalu.

Macam-macam kerenah, suka, tangis, ketawa, demam, takut dan sebagainya dalam masa dua tahun atu kalau dihitung pasti nda cukup jari tangan dan jari kaki banyaknya. 

Gembira bila Raziq menunjukkan ada-ada saja pandainya, pandai minum air dari gelas sendiri, makan menggunakan sudu (tapi kebanyakkan menggunakan tangan hehe), menyebut nama binatang dalam bahasa inggeris contohnya monkey, elephant dan lain-lain. Tapi bila datang ampus (asma) mulalah rasa ingau ati. Tambah lagi bila serangan asma atu datang setiap bulan. Kalau boleh nda mau ea damam atau ampus lagi. Rasa geram pula bila Raziq nda mau-mau kan beli barang dikedai. Kadang-kadang sampai menangis. Tapi kebanyaknya terpaksa diikut keinginannya. Yang selalu kena mestilah neneknya (bertuah punya anak!)


Ani gambar Raziqin tahun lepas.  Sekarang ani kalau terdengar bunyi Azan, ea akan cakap 'bayang-bayang', ertinya sembahyang.  Muda-mudahan Raziq sudah besar rajin mendirikan solat (Amin Ya Rabb!)

Bila balik kampung di Temburong, Raziqin suka hati sebab dibiarkan lusir sana lusir sini.  Ada biskita nampak titian besi dibelakang? Titian menuju ke rumah mertuaku.  Raziqin sambil tarik tanganku beraninya hendak menyeberang tapi aku takut! Terpaksa jerit babahnya suruh ambil Raziq dari tanganku hehe.


Yang ani pula, kes anak yang inda mau-mau hendak beli kereta mainan yang dipamerkan oleh kedai disimpan diluar hampir pintu masuk. Apa lagi Raziq tarus naik.  Nda mau dibawa masuk.  Bila diberitahu 'bah bawa masuk dalam dulu, liat ada lagi lawa'. Raziqin buat test drive lagi di dalam kedai. Hajat hati ke sana kan beli manilakad untuk projek kakaknya....mmmm ahirnya terpaksa dibeli lah.


[Gambar ani aku terima melalui emel dari kakak ku.]  Banyak sudah kereta mainannya, bila Raziqin nda mau tinggal keraja, terpaksa diupah beli mainan, kekedai runcit kan beli barang sedikit jadi banyak bila Raziqin ikut...adoi2.


Tetapi walau apapun jua, semoga Allah memudahkan kami dalam urusan memelihara dan mendidik anak-anak kami, semoga menjadi anak yang soleh dan berakhlak sempurna di dunia dan akhirat, AMIN!

Rabu, 25 April 2012

From Rasyiqah with Love.

Assalamualaikum, lama dah ku nda menjenguk blog ani. 

Okey lah, mari kitani jalan-jalan tengok lukisan anakku.

Tadi pagi aku terjumpa sekeping kertas A5 yang pada perasaan ku belum pernah ku baca atau lihat sebelum ani, berlipat-lipat atas almari televisyen.  Rupa-rupanya lukisan dan ucapan Happy Birthday daripada anakku, Rasyiqah untuk babahnya :D atupun lama sudah, 29 Februari 2012 yang lalu. 



Jumaat, 16 Mac 2012

Orang dermawan itu ialah...


Apakah bendanya tu dalam kontener ani? Macam usul 'chips'.

Untuk pengetahuan biskita, atu ialah jarum pakai buang yang digunakan semasa Kempen Menderma Darah yang telah diadakan di pejabat kami. Lama sudah aktiviti ani dijalankan, 29 September 2011 hehe 6 bulan yang lalu. Aku indalah ikut menyertai menderma darah pada hari tersebut. Cuma ikut-ikutan mencek paras gula dalam darah dan memeriksa tekanan darah sahaja. Kalau kan ikut menderma darah, belum lagi masa nya :D Sekarang aku sudah pun lupa berapa tahap hemoglobin ku pada saat atu.
Ani mesin yang digunakan untuk memeriksa tahap kepekatan sel darah merah (hemoglobin).
Jarum pakai buang tadi dicucukkah di atas hujung jari, kemudian darah yang keluar akan disapukan atas panel mesin pembaca sepeti dalam gambar. Kemudian dalam beberapa saat akan terpapar kiraan di dalam skrin. [Minta maaf, aku sudah lupa mesin atu untuk apa? Aku confuse ada dua mesin yang digunakan.]
Salah seorang kakitangan yang bersedia untuk diperiksa tekanan darahnya.
Beberapa pegawai dan kakitangan yang berminat mengikut kempen pada hari tersebut. Kempen diadakan di Dewan Serbaguna pejabat kami.

Rakan sepejabat ku pun ikut menderma. Dia perlu mengisikan borang yang telah diberikan terlebih dahulu. Kemudian diperiksa tekanan darah, tahap hemobloginnya dan disoal seterusnya diberikan beberapa nasihat yang berkaitan dengan pendermaan darah. Dia berjaya menyumbang satu paket darah dan diberikan satu 'goodies bag' berisi minuman dan makanan berupa roti [kalau aku tidak silap lah hehe] Dia juga dibenarkan untuk mengambil cuti sakit tengahari itu :) "Wah, siuk jua aah". Tapi siuk pun kalau inda berani nda jua guna keke. Aku sempat menakutkan dia "karang lampoh ko" pasalnya ada kawan yang memberitahu kalau menderma darah nanti kuat makan selepas atu. Tapi mungkin tidak benar. Rakan ku tersebut sehingga ke hari ani masih 'slim' lagi!

Penderma darah merupakan 'orang yang dermawan' kerana setiap setitis darah mampu menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya =D Tahniah.

Rabu, 14 Mac 2012

cuci kereta, mau join?

Apa biskita buat 'time' hujung minggu? Cuci kereta! Kalau yang rajin dan memang mempunyai perkakas untuk menyuci kereta mesti akan mengisi masa lapang dengan membersihkan kereta. Walau ngalih tapi berbaloi, kereta berkilat bersih :)
Anakku, Raziqin pun kadang-kadang dengki meliat babahnya menyuci kereta diluar, eapun sibuk-sibuk tah jua membersihkan keretanya. Berus merah kebetulan berus mainan kakaknya.
Gambar lama ani dari tahun lepas, mempam tayar keretanya pakai USB charger handphone :D. Yang lucunya Raziqin semacam tahu akan cara-cara mempam tayar, entah dimana ea melihat hehe.

Rabu, 29 Februari 2012

29 Februari 2012

Empat tahun sekali saja ada 29 haribulan Februari & ianya kebetulan merupakan hari lahir suamiku hehe.
"Selamat Hari Jadi Sayang! Mummy doakan semoga bersama hari lahir ani segala macam kebaikan, kesenangan dan kebahagiaan akan mengiringi hari-hari kitani yang akan datang. Semoga Allah memanjangkan umur babah, dimurahkan rezeki, sentiasa sehat, maju jaya dalam pelajaran dan sentiasa dalam peliharaanNya jua. Dan semoga kasih sayang kitani sekeluarga akan sentiasa berpanjangan selamanya.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim!"

Khamis, 16 Februari 2012

Ampus lagi....sabar, sabar, sabar!

Perasaanku belum sampai sebulan anakku Raziqin demam ditahan di ward 3, tepatnya pada 19 Januari 2012.





Minggu pertama bulan Februari sekali lagi Raziqin ampus lagi. Hari Khamis, 2 Februari oleh kerana Raziqin usulnya nda nyaman tidur, malar batuk. Jam 10 malam kami ke Bahagian Emergency, RIPAS. Selepas meregister kami maklumkan yang anak kami ampus memerlukan rawatan segera & Alhamdulillah kami didulukan. Selesai ber'neubelizer kami menunggu giliran lagi untuk berjumpa doktor. Hampir sejam lebih menunggu Raziqin mula mengusut. Tiba giliran kami doktor kata tidak lagi ada ampus (selepas mendengar dada & belakangnya).



Kami ke bahagian ubat tepat jam 12 malam, suami meletakkan preskripsi ubat dalam kotak yang disediakan. Pegawai farmasi yang ada ketika itu mengarahkan suami untuk menekan lonceng dan katanya tunggu sahaja dulu. Setelah menunggu hampir 10 minit, tidak ada yang timbul memeduli kami di luar. Memandangkan Raziqin sudah kusut ku beranikan diri turun ke 'basement parking' sementara suami menunggu ubat. Mungkin kerana sejuk dan batuk, Raziqin muntah dalam pangkuanku. "Adui, lama jua babah ani" kataku dalam hati. Babah ikah muncul sambil merungut "kalau ku tau, ubatnya sama saja yang ada dirumah nda ku menunggu lama-lama tadi". Rupa-rupanya pegawai farmasi yang ditunggu-tunggu atu sudah habis shift. Sepatutnya pegawai tersebut memeduli dulu orang yang kebetulan di sana hendak mengambil ubat tetapi sebaliknya terjadi.




Bayangkan sepanjang perjalanan balik ke rumah Raziqin menangis saja. Kataku kalau macam ani keadaanya dengan tangis campur batuk usulnya macam terpaksa lagi semula ke hospital, pasalnya gerenti ampusnya datang semula. Seperti biasa kalau anak-anak demam, kami inda berapa tidur. Subuh Raziqin ampus lagi, dadanya turun naik, berpeluh lagi. Mungkin yang pernah mengalami ampus akan tahu macam mana rupanya. Kami cuba menggunakan puff. Jadi tah untuk melegakan dadanya.



Pagi-pagi kami bawa Raziqin ke kelinik swasta di Kg Kiarong. Walau belum buka kami tunggu jua. Kami ingat yang disana boleh menyewa mesin neubelizer. Selepas diperiksa dan berneubelizer...dengan bantuan doktor dan nurse yang melihat Raziqin asyik menempis dengan tangan...barulah ea kelihatan lega. Doktor tanya "Mengapa inda bawa ke hospital? kami jawap sudah dimalam. "Ini anak kita kalau bawa ke hospital, mesti admit bah ni. Bersiruk every 4hours." "Tidak apa kita minjam mesin sini saja dan mesti siruk every 4 hours untuk 4 hari". Selepas di ajar cara menggunakan mesin tersebut, kami pun balik. Baru nyaman tidurnya dipelukan ku.





Alhamdulillah, Raziqin selesa menggunakan neubelizer tapi mesti diupah melihat tv kartun. Nampaknya ventolin jenis puff menggunakan aerochamber atu inda sesuai untuk kanak-kanak yang takut kan berubat macam Raziqin. Manalah kan baik kalau asyik menangis. Makan ubat menangis, di puff menangis.....mungkin dipikirannya babah dan mamanya ani jahat barangkali....



Kami sudah membeli mesin neubelizer untuk keperluan kami sendiri, jenis travel kit. Nanti kalau ada masa aku upload disini.


Dipanjatkan doa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan memelihara anaknda Muhammad Khairuraziqin dan akan sembuh, sentiasa sehat sejahtera dan semoga penyakit ampus ani nda lagi akan menyerang sampai bila-bila. Insya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin!

Rabu, 25 Januari 2012

"Dunia Kartun"

8hb. Januari 2012 yang lalu kami telah pergi ke ICC untuk menjenguk jual-jualan serta pameran sempena Consumer Fair yang merupakan hari terakhir.  Seperti tidak percaya kami terkejut terlalu banyak kereta disana sehinggakan kami putus asa untuk mencari 'parking', hendak naik shuttle bus nda mau hehe.  Kami memutuskan untuk ketempat lain dulu.  Kami ke ICC semula sekitar maghrib, pun susah cari 'parking'.  Tetapi mungkin rezeki, kami dapat masuk melalui pagar belakang ICC yang terbuka.

Melautan orang didalam!! Boring eyh, semua orang berasak-asak, dengan keadaan bising dan kecoh.  Macam dalam pasar.

Kami sempat masuk ke bilik pameran Kids World dengan harga tiket $4.00 seorang kecuali kanak-kanak dibawah umur 1 tahun.  Di sana kami dapat "jumpa" Spongebob, Buzz dan Woody dari dunia kartun SpongeBob Square Pants dan Toy Story.  Rasyiqah dan Raziqin suka hati dapat berjumpa dan bergambar dengan kartun yang mereka selalu tonton di television.  Tapi entah mengapa Raziqin takut sampai memelukku kuat pabila ku bawa bergambar dengan si Buzz dan si Woody.  


Raziqin takut sampai tutup-tutup mata!

Hi Buzz, Hi Woody!

 Lawa kan? hehe

'my sis' pun ikut.


Di Kids World aku sempat beli baju tidur 'long sleeve' untuk diriku hehe dan kepala keretaapi si 'Thomas and Friend'.

Nanti akan datang mau pigi lagi kesana, Insya Allah.

Isnin, 23 Januari 2012

Raziqin di Ward 3.

Kami sekeluarga mengalami ceret beret dimulai dengan aku dan suami kemudian anak perempuanku pada minggu ketiga bulan Januari.  Aku dan suami mungkin boleh menahan sakit perut tetapi iQah demam panas olehnya dan mengadu perutnya seperti ada yang cucuk-cucuk di dalam.  Selepas dibawa ke kelinik dan diberi cuti sakit 2 hari, Alhamdulillah sudah sehat. 

Minggu lepas giliran si kecil pula.  Kasihan.... Kebetulan Raziqin demam batuk dan selesma di tambah lagi dengan berak [oo] yang kerap yang menyebabkan ruam lampin (nya orang Brunei 'bebadas') Raziqin akan menangis.  Makan ubat menangis, di 'puff' untuk melegakan asma pun menangis.  Jadi kadang-kadang termuntah selepas batuk.  Selepas dibawa ke kelinik pesakit luar, Raziqin masih oo jua.  Kasihan bila dia menunjukkan perutnya yang sakit minta disapu minyak.

Suami yang heran bila ku beritahu tidak ada ubat khusus untuk menghentikan ceret beret.  Ubat yang hanya diberi ialah ORS (oral rehydration solution) bertujuan untuk menggantikan "air mineral" yang terbuang melalui muntah dan berak.  Walaupun berwarna oren, Raziqin nda mau minum.

Jadinya malam Jumaat kami bawa Raziqin sekali lagi ke Bahagian Kecemasan di Pusat Kesihatan Ong Sum Ping.  Dari sana Raziqin direfer ke Ward 3, RIPAS untuk pemeriksaan lanjut.  Aduh, bermalam di ward lah jawabnya. Di bawah gambar Raziqin sedang diperiksa.  'Muka ada banyak senyum'. 



Tetapi Alhamdulillah, mungkin kerana letih Raziqin tidurnya nyaman cuma sekeja-sekejap bangun.  Sejuk banar disana. BBBrrrrr pakai selimut pun terasa menggigit sejuknya.  4.30 pagi Raziqin terbangun dan ku beri tahu nurse ada 'wistle sound' dari dadanya.  Terpaksa diberikan 'nebulizer' tapi seperti biasa Raziqin akan menempis hos yang dipasang ke hidungnya.....hmmm payahlah ini macam.



Di atas gambar Raziqin sudah tenang selepas diupah dengan buku. Ok tu, jangan saja menangis, mengusut atau mengamuk.  Awal pagi sudah baca buku, pesakit kanak-kanak lain masih tidur.  Bagus juga di adakan 'Reading Corner' di ward tersebut.  Aku terlupa mengambar kabinet menyimpan bermacam-macam buku sesuai untuk kanak-kanak.  Keesokannya ada lagi member baru yang suka membaca, mahu tahu siapa?


Sekitar jam 8 pagi Raziqin diambi contoh darah diselajurkan untuk dipasang tiub drip air (sekiranya perlu).  Nampak tangan Raziqin berpalster?  Pertama kali mencoba mencari urat, Raziqin nda menangis, bagus eyh kata nurse.  Tapi sudah percubaan kedua dan ketiga di tangan sebelah kiri, mulalah bercucuran air mata. 'nah nda dapat dipuji, menangis tia!' kata nurse.


Oleh kerana Raziqin nampak aktif, doktor belum mengarahkan untuk menambah air melalui tiub.  Lihat saja ulahnya dengan kakanya.  Ada kawan riang gembira.  Kami dibenarkan untuk 'home leave' petang Jumaat dan dinasihatkan untuk datang semula ke ward 3 keesokan harinya, Alhamdulillah!


Dengan muka yang ceria walaupun tangan berbalut dan susah hendak flip buku dan pegang botol susu.  Setelah diperiksa oleh doktor, walau pun ada sedikit ampus dan berak sikit-sikit tetapi tidak ada muntah-muntah, kami dibenarkan keluar tengahari hari atu dibekalkan dengan 3 paket ORS lagi :D

Didoakan Raziqin akan sembuh dan ceret beretnya akan berhenti, Amin!


Jumaat, 20 Januari 2012

Regata Brunei Darussalam 2012.

Hari minggu 22 Januari ani akan diadakan Kejohanan Regata di Perairan Sungai Brunei.

Mulanya aku inda faham apa kan regata ani.  Katanya untuk mengembalikan nostalgia zaman 60an di Kampung Air.  Rupanya "regatta" ani ialah boat race! hehe pasalnya di pejabat pun sibuk pasal pertandingan perahu tambang ani.  Tambah heran tajuk mesyuarat ada disebut "berjanuari" lagi lah aku heran mmm...

Bah baik tah beramai-ramai ke Bandar Seri Begawan, kawasan Waterfront, pertandingan dimulakan pagi dan petang.  Jangan lupa bawa duit jua untuk beli bahata makan dan minum dan jangan lupa payung...panas tu karang hitam muka hehe.


Isnin, 9 Januari 2012

Disember 2011 dalam kenangan.

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2012. 

Minggu pertama di tahun 2012 menulis tarikh pun kadang-kadang tersasul menaip atau menulis 2011!  Azam baru tahun ani kan berusaha berjimat cermat dan menambah tabung :)  Tahun 2011, banyak hendak dikenang.  Ada suka mahupun duka tapi biarlah ianya jadi kenangan dan pengajaran. 

Oleh kerana bulan Disember 2011 aku inda membuat apa-apa entry, jadi aku akan memposting gambar sebagai kenang-kenangan sahaja.

Ahad, 4hb Disember 2011. 


 Raziqin nampak 'hensem' berbaju cara melayu bersongkok.

Sebelah tengahari telah diadakan Majlis Persandingan adik perempuan kami yangmana majlis akad nikah telah diadakan pada 24 Jun 2011.  Sebelah malam pula oleh kerana tidak ada acara malam berambil-ambilan jadi kami adakan majlis doa selamat untuk hari jadi bapa yang ke 59 tahun.



Sabtu, 10hb. Disember 2011

 
Kami sekeluarga naik perahu kecil menyeberang Sungai Pandaruan untuk ke Temburong. 

Bayangkan kereta yang berbaris hendak menaiki feri terlalu panjang sehingga ke Pos Kawalan Limbang! Jadi hendak tak hendak terpaksa kami 'memotong' barisan tapi bukan hendak menaiki feri tetapi kami tinggalkan kereta di hujung jalan dan naik perahu sahaja.  Bapa mertuaku sudah menunggu di sana untuk membawa kami ke rumah persinggahan.


Adikku seronok walaupun terpaksa duduk di belakang kereta 'double cabin' mertuaku. Gambar di bawah, biskita boleh nampak barisan kereta dari Temburong yang hendak menaiki feri untuk ke seberang samada hendak ke Bandar Limbang atau hendak melintasi Bandar Limbang hendak ke Brunei Darussalam.


Ahad, 11hb. Disember 2011.


Dari Temburong kami sekeluarga menggunakan van sewa menuju ke rumah mertua adik perempuan kami yang akan melangsungkan persandingannya untuk acara keluarga sebelah suaminya.  Kami bertolak dari rumah mertuaku di Bangar, Temburong kira-kira jam 11.00 pagi.  Dalam gambar, Raziqin sedang jadi "penjaga" pengantin hehe.

Isnin, 12hb. Disember 2011.

Dari Lawas kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.  Sepanjang di sana cuaca hujan sahaja, inda banyak shopping'lah disana. Kami balik ke Bandar Seri Begawan pada hari Selasa, 13hb. Disember 2011.



Ani antara ole-oleh dari Kota Kinabalu.  Raziqin asyik dengan buku baru nya.  Siuk ya melihat gambar-gambar.  Tapi awas jangan ditukar muka surat yang lain gerenti ya marah hehe.

Jumaat, 16hb. Disember 2011.

Kami sekeluarga dengan 3 buah kereta berkonvoi ke Bandar Miri.  


Ani ole-ole dari Miri.  Raziqin dengan topi memancingnya, Rasyiqah dengan 'tin' minuman Angry Bird yang besar!

Ahad, 25hb. Disember 2011.

Mengambil kesempatan sempena cuti awam kami mengadakan BBQ di rumah diteruskan dengan main 'loto'.  Gara-gara anakku, Rasyiqah yang inda mau-mau kan bermain loto yang pernah kami adakah semasa majlis malam berjaga-jaga adik perempuan ku kahwin.  Katanya siuk dapat hadiah banyak.  Tapi entah bukan rezeki, iQah hanya dapat 1 hadiah berupa kontena makanan.  Marahnya sampai ke esoknya.  Marah pasal babah dan mamanya inda ikut main :D



Isnin, 26hb. Disember 2011.



Untuk memujuk iQah yang marah kerana inda dapat banyak hadiah semalam, kami sekeluarga pergi ke Edutainment (opps aku lupa namanya) yang diadakan di kawasan letak kereta RiverView Hotel.  Nasib baik ya senyum tapi marah jua pasal inda sempat main bouncer! hmmm

Bah sampai sini saja dulu. Jumpa lagi.