Selasa, 9 April 2019

BMI Health Screening 2019 - "Sokonglah Amalan Cara Hidup Sihat di Tempat Kerja Awda"

Assalamualaikum.

Aku baru mula kembali bertugas kelmarin, 8 April 2019, selepas cuti tahunan + admit di hospital + cuti sakit = sekurang-kurangnya 20 hari cutiku.

Insya Allah, kalau panjang umur dan ada masa nanti ku cerita pasal ku admit di hospital untuk menjalani Kidney Biopsy.

1st day datang ke opis aku dimaklumkan pasal aktiviti BMI Health Screening hari ani bermula jam 8.30 pagi di Lobby opis kami. Aku pun macam iski lah kan datang hehe dapat jua cek bp dll.

Ku dan rakan sekerja turun ke Lobby sekitar jam 11 pagi.  Sengaja supaya inda ramai lagi orang.

Mula-mula kami diarahkan untuk mengisi borang kehadiran dan mengisi borang kesihatan yang telah disediakan.

Antara soalan yang ku ingat :

* berapa kali makan sayur,
* berapa kali makan buah,
* berapa kali makan makanan yang bergaram,
* berapa kali bersenam,
* adakah awda merokok,
* adakah awda terdedah kepada asap rokok ketika di tempat kerja.

Selepas isi borang, kami beredar ke ruang untuk bertimbang berat badan dan sukat tinggi.


😏 hmmm overweight 'sikit' hehehe mesti buat sikit untuk menyamankan hati 😆



Satu kertas untuk rujukan samada kitani 'underwight', berat badan normal, 'overweight' atau obes ada disediakan.


Selesai bertimbang dan bersukat tinggi, kami beralih untuk menunggu giliran untuk cek Bp.



Ku pikir sekejap saja cek Bp, rupanya nurse yang bertugas akan memberi khidmat nasihat kesihatan jua. So kami sabar menunggu. Tiba giliranku, kata nurse atu "nah sikit lagi ni Bp kita ah, tapi so far normal" 😊 BP ku 137/82.  Fuuh nasib rendah 'sikit' hehe.

Siap giliranku, kawan-kawan ku asyik bertanya kepada yang lain "ko berapa?", "aku bla bla bla" hehehe macam kanak-kanak menerima kertas exam tanya markah pulang rasaku 😁

Ada jua yang terkejut apabila mengetahui BP level bisdia tinggi dari biasa.  Sampai ada yang terpaksa 2x diuji Bp nya.  Ada yang sikit lagi kan menerima referral letter untuk jumpa doktor untuk penelitian lanjut - barang kali.

Dalam masa 2 bulan, klinik BMI Health Screening ani akan datang lagi ke opis kami.  Usulnya ngam lepas hari raya.  Mudahan ku dapat maintain bp level ditahap yang normal, Aamin.

Bagiku, ani salah satu inisitatif yang bagus dari Kementerian Kesihatan.  Bisdia berkunjung ke pejabat Kerajaan untuk memberikan khidmat BMI Health Screening.  Dengan cara ani memberi kesempatan kepada kakitangan kerajaan dalam sama-sama mengetahui tahap kesihatan kitani.  At least kitani kalau sudah tahu bp level di tahap yang membimbangkan, membolehkan kitani terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan atau nasihat sebelum terlewat.

"Sokonglah Amalan Cara Hidup Sihat di Tempat Kerja Awda"

Okey, sampai jumpa lagi dimasa akan datang, 🙆.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan