Sabtu, 17 Mac 2012

Orang dermawan itu ialah...


Apakah bendanya tu dalam kontener ani? Macam usul 'chips'.

Untuk pengetahuan biskita, atu ialah jarum pakai buang yang digunakan semasa Kempen Menderma Darah yang telah diadakan di pejabat kami. Lama sudah aktiviti ani dijalankan, 29 September 2011 hehe 6 bulan yang lalu. Aku indalah ikut menyertai menderma darah pada hari tersebut. Cuma ikut-ikutan mencek paras gula dalam darah dan memeriksa tekanan darah sahaja. Kalau kan ikut menderma darah, belum lagi masa nya :D Sekarang aku sudah pun lupa berapa tahap hemoglobin ku pada saat atu.
Ani mesin yang digunakan untuk memeriksa tahap kepekatan sel darah merah (hemoglobin).
Jarum pakai buang tadi dicucukkah di atas hujung jari, kemudian darah yang keluar akan disapukan atas panel mesin pembaca sepeti dalam gambar. Kemudian dalam beberapa saat akan terpapar kiraan di dalam skrin. [Minta maaf, aku sudah lupa mesin atu untuk apa? Aku confuse ada dua mesin yang digunakan.]
Salah seorang kakitangan yang bersedia untuk diperiksa tekanan darahnya.
Beberapa pegawai dan kakitangan yang berminat mengikut kempen pada hari tersebut. Kempen diadakan di Dewan Serbaguna pejabat kami.

Rakan sepejabat ku pun ikut menderma. Dia perlu mengisikan borang yang telah diberikan terlebih dahulu. Kemudian diperiksa tekanan darah, tahap hemobloginnya dan disoal seterusnya diberikan beberapa nasihat yang berkaitan dengan pendermaan darah. Dia berjaya menyumbang satu paket darah dan diberikan satu 'goodies bag' berisi minuman dan makanan berupa roti [kalau aku tidak silap lah hehe] Dia juga dibenarkan untuk mengambil cuti sakit tengahari itu :) "Wah, siuk jua aah". Tapi siuk pun kalau inda berani nda jua guna keke. Aku sempat menakutkan dia "karang lampoh ko" pasalnya ada kawan yang memberitahu kalau menderma darah nanti kuat makan selepas atu. Tapi mungkin tidak benar. Rakan ku tersebut sehingga ke hari ani masih 'slim' lagi!

Penderma darah merupakan 'orang yang dermawan' kerana setiap setitis darah mampu menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya =D Tahniah.

Rabu, 14 Mac 2012

cuci kereta, mau join?

Apa biskita buat 'time' hujung minggu? Cuci kereta! Kalau yang rajin dan memang mempunyai perkakas untuk menyuci kereta mesti akan mengisi masa lapang dengan membersihkan kereta. Walau ngalih tapi berbaloi, kereta berkilat bersih :)
Anakku, Raziqin pun kadang-kadang dengki meliat babahnya menyuci kereta diluar, eapun sibuk-sibuk tah jua membersihkan keretanya. Berus merah kebetulan berus mainan kakaknya.
Gambar lama ani dari tahun lepas, mempam tayar keretanya pakai USB charger handphone :D. Yang lucunya Raziqin semacam tahu akan cara-cara mempam tayar, entah dimana ea melihat hehe.

Khamis, 1 Mac 2012

29 Februari 2012

Empat tahun sekali saja ada 29 haribulan Februari & ianya kebetulan merupakan hari lahir suamiku hehe.
"Selamat Hari Jadi Sayang! Mummy doakan semoga bersama hari lahir ani segala macam kebaikan, kesenangan dan kebahagiaan akan mengiringi hari-hari kitani yang akan datang. Semoga Allah memanjangkan umur babah, dimurahkan rezeki, sentiasa sehat, maju jaya dalam pelajaran dan sentiasa dalam peliharaanNya jua. Dan semoga kasih sayang kitani sekeluarga akan sentiasa berpanjangan selamanya.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim!"