Rabu, 28 April 2010

Suratan atau Kebetulan - part II




Minggu depan aku beranak? biar betul! Aku macam nda percaya saja.

Hari Isnin, 26 April 2010 aku ke Clinic Gynea, Hospital RIPAS ada perjanjian untuk memastikan 'mode of delivery'ku kali ani. Pengalaman pertama melahirkan aku telah dibedah pada saat akhir kerana posisi anak dalam keadaan 'breech' (songsang). Jadi untuk kelahiran kedua ani aku telah di'refer' ke specialist samada aku boleh melahirkan anak secara normal atau sebaliknya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor pada sebelah pagi aku telah diarahkan untuk menjalani ultrasound pada sebelah petang. Keputusannya posisi anak dalam keadaan 'breech'! (lagiii...) Aku akan ditahan di wad 18 pada hari Sabtu, 1 Mei 2010 dan dijadualkan untuk dioperate pada hari Isnin, 3 Mei 2010 (insya Allah).

Aku merasa macam kesuntukan masa...sepatutnya batah lagi. Sepatutnya waktu ani (minggu ke 37) aku sudah menyediakan barang-barang apa yang seharusnya ku bawa nanti ke hospital. Ani aku sedang 'surfing' di internet 'checklist' barang yang perlu dibawa ke wad selepas melahirkan. Hehe macam nda pernah saja tah rasa ku oleh nya (",).

Macam-macam iQah.

Part sedih kalau melihat iQah menangis keluar air matanya sampai merah-merah mata. Aku pun inda tau apa kisah sebenarnya sampai iQah bercakap "Mama inda sayang aku lagi tu kalau mama sudah ada baby". "Aku seorang saja baby girl, dorang semua boy" katanya. Untuk menyamankan hatinya aku beritahu "bah karang mama berdoa supaya mama dapat baby girl". Tapi iQah menjawap "inda, karang ngangah Lina ambil tu pasalnya ngangah Lina belum ada baby girl!". Aduii....pintarnya dia bercakap.

Part memberi ketawa bila iQah memilih nama untuk adiknya "Mohd Romle"! katanya biar sama macam nama Nini Haji Ramle hehehehe ketawa bis mama sama bapa. Ada-ada saja iQah ani.

Sampai sini saja dulu, kalau sempat sebelum 'meluaran' aku update lagi blog ani, insya Allah.

Kalau umur panjang,
mudah-mudahan kitani berjumpa lagi,

salam Mama iQah.

Rabu, 21 April 2010

lukisan kanak-kanak pintar.

"Ucapan Selamat Hari Jadi ditujukan kepada kakak kami yang sulung yang menyambut hari lahirnya pada hari Ahad, 18 April 2010. Kami semua mengucapkan SELAMAT HARI JADI semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi afiat dan sentiasa dalam perlindungan Allah jua, Amin".

Sudilah kiranya belanja kami lagi hehe untuk ke sekian kalinya untuk menyampaikan hajat 'baby fruit' yang tais liurkan makan satay (",)

Sebagai kenang-kenangan di hari lahirmu, aku tolong 'attach' lukisan-lukisan dari tangan-tangan mungil anak-anak buahmu.

Boleh jua kalau kan tukar trend hari jadi kali ani, sila lah pilih mana satu lukisan yang mendapat tempat pertama di hatimu kemudian beri hadiah arah pelukisnya. Manalah tau kalau-kalau anak ku yang dapat hadiah atu heheheh!


Lukisan Pertama dari RasyiQah.



Lukisan Kedua dari Izzat.



Lukisan Ketiga dari Ikhwan tapi membuyuk, rupanya si Nashir yang melukiskan, tapi inda apa gambar jari atu saja Ikhwan banar melukis.


Salam Mama iQah.

Selasa, 20 April 2010

"Suratan atau Kebetulan"




Aku tukar ringtone untuk sms ku pakai lagu "Suratan atau Kebetulan" yang sebelum ani aku pakai lagu Kumpulan A Band Once "Waktu Berakhir".

Sabtu, 17 April 2010

Kuih Apam



Ehmm...tais liur ku eyh. Ani gambar kuih apam yang kawanku bawa ke ofis tuk kami minum pagi. Aku suka kuahnya (",) liur orang betian (mengandung) barang kali semuanya tah ok saja.

Kelmarin aku bawa balik kerumah, kata iQah "aku suka ni jelly hijau ani"... jelly? hehehe.


aitz baru ku perasan, banyak warna hijau dalam gambar atu, beg handphone kawanku kelurusan hijau jua!.

Selasa, 13 April 2010

Makan Malam di Wecan.

Assalamualaikum (",)

Tunggu punya tunggu, nada jua ku kana tag di FB atau kana emel gambar-gambar masa makan malam kami sekeluarga di Wecan Restaurant pada malam minggu 27 Mac 2010 yang lalu. Akhirnya terpaksalah aku mengarahkan (hehehe) adik bungsuku mengupload gambar-gambar apa saja adanya dari hpnya ke FBnya kelmarin. Tapi kebanyakkannya gambarnya sendiri ehmmm. Tapi apa-apa pun thank you Nan!

Sebenarnya makan malam ani adikku yang belanja, "Alhamdulillah!, lain kali lagi Mur. Mudahan makin murah rezekimu, Amin!"

Malam atu kelurusan hujan turun di kawasan Gadong. Nasib baik aku ikut menumpang sekereta sama bis mama & bapa. Awal sudah ku beritahu aku inda sanggup driving di kawasan Gadong.

Maklumlah musim 'payday', mesti ramai orang ke Gadong. Nyaku karang panjang Q, malar tekan brek terberanak ku heheheh.....alasan! iQah dalam perjalanan dari rumah sudah tia tertidur dalam kereta. Mungkin belum puas tidur menyebabkan iQah 'low bat', macam-macam tah ulahnya.


Tapi sudah lama-lama baik cha moodnya, ayam goreng kali punya pasal (",)


Sampai sini saja dulu.
Salam mama iQah.

Khamis, 8 April 2010

Minyak Kelapa Dara


Abiskita pernah minum atau menggunakan minyak kelapa dara? Aku belum pernah lagi tapi kelmarin aku berkirim dari kakak ku minta belikan sebotol minyak kelapa dara buatan Majlis Perundingan Mukim Tanjong Maya. Masih ingat entry ku pasal Anugerah Kampung Cemerlang yang mempamerkan produk-produk Majlis-Majlis Perundingan Mukim ada pasal minyak kelapa dara. Ani tah salah satu keluaran Daerah Tutong. Perempuan yang menjaga petak pameran atu menyarankan untuk ku membeli katanya baik untuk selusuh wanita yang kan melahirkan.

"VCO - Virgin Coconut Oil adalah minyak kelapa dara yang diprosis tanpa menggunakan haba dan kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. VCO juga menyimpan pelbagai khasiat, manafaat serta kelebihan terhadap kesihatan manusia".

Minyak ani dibotolkan dalam botol plastik semacam spray. Ertinya nda payah lagi cari sudu hehe tarus spray saja dalam mulut! Tapi cara pengambilannya ditulis di botol atu :> 1 sudu makan, 2 kali sehari selepas makan. Tapi kata kakak ku minyak ani boleh jua digunakan sebagai minyak sapu.

Melalui leaflet yang disertakan aku senaraikan serba sedikit antara kelebihan VCO ani:-

  • Mampu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan;
  • Mampu mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi;
  • Mampu mencegah risiko sakit jantung serta membakar dan mengurangkan kolestrol dalam badan;
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental;
  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
Insya Allah, nanti aku cuba menggunakannya.


Salam mama iQah.