Rabu, 28 April 2010

Suratan atau Kebetulan - part II




Minggu depan aku beranak? biar betul! Aku macam nda percaya saja.

Hari Isnin, 26 April 2010 aku ke Clinic Gynea, Hospital RIPAS ada perjanjian untuk memastikan 'mode of delivery'ku kali ani. Pengalaman pertama melahirkan aku telah dibedah pada saat akhir kerana posisi anak dalam keadaan 'breech' (songsang). Jadi untuk kelahiran kedua ani aku telah di'refer' ke specialist samada aku boleh melahirkan anak secara normal atau sebaliknya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor pada sebelah pagi aku telah diarahkan untuk menjalani ultrasound pada sebelah petang. Keputusannya posisi anak dalam keadaan 'breech'! (lagiii...) Aku akan ditahan di wad 18 pada hari Sabtu, 1 Mei 2010 dan dijadualkan untuk dioperate pada hari Isnin, 3 Mei 2010 (insya Allah).

Aku merasa macam kesuntukan masa...sepatutnya batah lagi. Sepatutnya waktu ani (minggu ke 37) aku sudah menyediakan barang-barang apa yang seharusnya ku bawa nanti ke hospital. Ani aku sedang 'surfing' di internet 'checklist' barang yang perlu dibawa ke wad selepas melahirkan. Hehe macam nda pernah saja tah rasa ku oleh nya (",).

Macam-macam iQah.

Part sedih kalau melihat iQah menangis keluar air matanya sampai merah-merah mata. Aku pun inda tau apa kisah sebenarnya sampai iQah bercakap "Mama inda sayang aku lagi tu kalau mama sudah ada baby". "Aku seorang saja baby girl, dorang semua boy" katanya. Untuk menyamankan hatinya aku beritahu "bah karang mama berdoa supaya mama dapat baby girl". Tapi iQah menjawap "inda, karang ngangah Lina ambil tu pasalnya ngangah Lina belum ada baby girl!". Aduii....pintarnya dia bercakap.

Part memberi ketawa bila iQah memilih nama untuk adiknya "Mohd Romle"! katanya biar sama macam nama Nini Haji Ramle hehehehe ketawa bis mama sama bapa. Ada-ada saja iQah ani.

Sampai sini saja dulu, kalau sempat sebelum 'meluaran' aku update lagi blog ani, insya Allah.

Kalau umur panjang,
mudah-mudahan kitani berjumpa lagi,

salam Mama iQah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan