Khamis, 8 April 2010

Minyak Kelapa Dara


Abiskita pernah minum atau menggunakan minyak kelapa dara? Aku belum pernah lagi tapi kelmarin aku berkirim dari kakak ku minta belikan sebotol minyak kelapa dara buatan Majlis Perundingan Mukim Tanjong Maya. Masih ingat entry ku pasal Anugerah Kampung Cemerlang yang mempamerkan produk-produk Majlis-Majlis Perundingan Mukim ada pasal minyak kelapa dara. Ani tah salah satu keluaran Daerah Tutong. Perempuan yang menjaga petak pameran atu menyarankan untuk ku membeli katanya baik untuk selusuh wanita yang kan melahirkan.

"VCO - Virgin Coconut Oil adalah minyak kelapa dara yang diprosis tanpa menggunakan haba dan kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. VCO juga menyimpan pelbagai khasiat, manafaat serta kelebihan terhadap kesihatan manusia".

Minyak ani dibotolkan dalam botol plastik semacam spray. Ertinya nda payah lagi cari sudu hehe tarus spray saja dalam mulut! Tapi cara pengambilannya ditulis di botol atu :> 1 sudu makan, 2 kali sehari selepas makan. Tapi kata kakak ku minyak ani boleh jua digunakan sebagai minyak sapu.

Melalui leaflet yang disertakan aku senaraikan serba sedikit antara kelebihan VCO ani:-

  • Mampu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan;
  • Mampu mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi;
  • Mampu mencegah risiko sakit jantung serta membakar dan mengurangkan kolestrol dalam badan;
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental;
  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
Insya Allah, nanti aku cuba menggunakannya.


Salam mama iQah.

6 ulasan:

  1. Minyak Kelapa Dara? adakah ini ubat untuk kaum wanita sahaja. Berapa harga sebotol. Ingin rasanya hendak mencuba. Sila beri info. Tmskh.

    BalasPadam
  2. nda semestinya utk wanita x nda besebutkan dlm label atau leafletnya jua. Harga nya $10. Cuba kita hubungi 8181718 Abdul Qawi.

    BalasPadam
  3. mama iQah...tmksh. Akan dihubungi...

    BalasPadam
  4. Salam.. contact number untuk mengetahui mengenai VCO atu..is it yang incharge penjualan VCO?

    BalasPadam
  5. walaikumsalam. menurut dalam label arah botol VCO ani, ianya di usahakan oleh Abdul Qawi, atu no hpnya & diedarkan oleh Maju Langkah Ent - 8227217.

    BalasPadam
  6. di tanjung maya saja ada kah, kalau di bandar ada kah agen nya?

    BalasPadam