Rabu, 20 Mac 2019

Main kikik di TMJE


Minggu lepas, buat pertama kalinya diadakan di Negara Brunei Darussalam Festival Layang-Layang (Kikik) Antarabangsa bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas selama satu minggu mulai 13hb hingga 19hb Mac 2019.  Ianya diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Brunei yang ke 35.

Orang Brunei lebih sinonim perkataan kikik untuk layang-layang yang seingat ku kebanyakannya memerlukan buluh yang diraut halus sebagai 'frame' kikik, kertas dan tali tangsi.  Ada yang menggunakan pecahan halus kaca yang dicampur bersama gam yang disapu diatas tali tangsi, ani untuk memutus tali tangsi kikik lawan.  Orang yang karak main kikik ganya faham ni kepuasan yang dirasai bila berjaya memutuskan tali tangsi kikik orang lain hehhe, sukalah tuu.

Hari minggu lepas Baginda Sultan telah berangkat merasmikan Festival Kikik yangmana Baginda bersama kerabat Diraja yang lain turut bermain kikik.

Kami sekeluarga ambil peluang untuk turun ke Bandar Seri Begawan sebelah tengahari sebab kami tahu pagi atu gerenti ramai orang yang datang. Lepas makan lunch kami belurih parking berdekatan dengan Masjid Omar Ali Saifudden.  Sementara menunggu suami ku solat di Masjid, aku membawa Raziq turun melihat kikik dari kawasan masjid.



Dari jauh macam gula-gula warna warni berterbangan di langit.




Aku membawa Raziq naik ke Bahtera yang berada di tengah Tasek. Bolelah nampak jua kikik yang macam lipan tapi Raziq mau melihat lebih dekat lagi.  Kami pun berjalan kaki menuju ke Taman Mahkota Jubli Emas yang lebih jua dikenali dengan Taman Eko Koridor.  Baik jua hampir tapi oleh kerana cuaca panas terik terasa jua ngalihnya berjalan atu.  Ramai orang waktu atu datang bersama keluarga, ada yang berbasikal, ada yang menyurung stroller.  Mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga semasa cuti sekolah.


Kami berpayung pasal tahu dikawasan lapang atu inda ada tempat untuk berteduh. fuhh berpeluh jua badan haha.  Pelbagai bentuk kikik melayang disana, bentuk kucing, kereta Bumblebee, kikik bendera Brunei, macam sotong pun ada.  Tu yang kepala warna kuning atu Aladin.  Tapi berat badannya eatah inda berapa tinggi naiknya di udara.



Ada kikik jua turut dijual waktu atu.  Kami beli satu yang harganya $5 untuk Raziq main.




Raziq sama babahnya sedang berusaha untuk menaikkan kikik, yang warna rainbow disebelah kanan atu Raziq yang punya🤗



Waah challenging jua main kikik ani.  Sangal leher kata Raziq haha.  Nda lama ya bermain pasal matanya kesilauan.  Orang yang tahan hati saja ni suka main kikik. Mesti sabar dan kuat semangat.  Kalau nada angin mana mau tu naik kikik so mesti sabar.

Okey, sampai jumpa lagi 🙋


Tiada ulasan:

Catat Ulasan