Khamis, 14 April 2011

Aksi Raziq - naik kerusi!

Lama sudah aku inda bercerita perkembangan anak lelakiku, Khairuraziqin. 

5 Mei akan datang (tak lama lagi, insya Allah) Raziqin akan genap 1 tahun.  Sekarang ani sudah pandai merungau (merangkak), berjalan setapak dua tapak, teranah melihat kartun terutamanya Mickey Mouse tapi payah benar kan pasang pampersnya hehehe.  Yang terbaru Raziqin sudah berani mahu naik kerusi - woooaah ini sudah lebih ni.  Sampai mama pernah bercerita katanya "Jangan disangka sunyi atu Raziqin sedang tidur, rupa-rupanya berdiri ya tu siring meja!".

 



Aksi di atas ialah percobaan Raziqin naik kerusi.  Bila dipanggil 'RAZIQ!' Dengan selamba dia menoleh sambil tersenyum nampak gigi!

Sampai jumpa lagi, dengan aksi Raziqin yang lain pula B~)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan