Sabtu, 23 Julai 2011

Gerai perayaan.


Sudah biskita ke gerai perayaan? Kami sekeluarga sudah! Bah turun tah dan jangan lupa bawa 'ongkos' yang cukup hehe. 

Kami hanya berkesempatan mengunjungi gerai-gerai perayaan di kawasan berhampiran Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.  Oleh kerana susah banar hendak dapat 'parking' jadi kami pun masuk ke letak kereta berbayar di Kompleks Yayasan.  Baru beberapa langkah di gerai perayaan, iQah membeli belon si Dora dan untuk Raziq kami belikan belon si Upin.  Satu belon berharga $4.00, diulang sekali lagi $4.00.  Aduh mahalnya (bagi akulah) jadi kalau dua belon sudah $8.00.  Ish..ish..baik jua anak baru dua orang, kalau banyak!  Nak jadi cerita, semasa kami mengambil gambar di pentas yang disediakan dih adapan Pejabat Radio dan Televisyen Brunei, belon si Upin telah terlepas dari genggaman iQah.  Laju naiknya ke udara. Cianlah Raziq....(terbang jua $4.00) hehehe.  Jadinya sebelum balik kami beli satu permainan seperti kipas yang bergambar kartun Ben10 dengan harga $6.00.  Untuk memujuk Raziq??... hehe si kecil belum tau apa-apa yang untung si kakak :D



p/s  kalau pandai buat bisnes di musim perayaan, boleh buat duit banyak, untuk persediaan di bulan Ramadhan dan Hari Raya yang tidak lama lagi tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan