Khamis, 7 Julai 2011

Selamat Hari Jadi.



Assalamualaikum, batah (lama) sudah rasanya nda update blog ehehe.

15 Jun 2011 merupakan hari jadi anakku, Rasyiqah yang ke 7 tahun.  "HAPPY 7th BIRTHDAY! Mama doakan semoga Allah mengurniakan anak mama ani umur yang berkat, dimurahkan rezeki, sehat walafiat selalu, rajin belajar & mudah menerima ilmu dan sentiasa dalam perlindunganNYA jua dan menjadi anak yang soleh. Amin YaRabb!

Hari Jumaat, 24 Jun 2011 telah diadakan Majlis Menerima Berian dan Akad Nikah bagi adik perempuanku yang kebetulan pula adalah hari jadinya yang ke 26 tahun!  Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dan juga Selamat Hari Jadi.  Didoakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sehat wal afiat dan berbahagia disamping suami dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin Ya Rabb!


 

1 ulasan:

  1. Selamat ulangtahun diucapkan. Semoga kekal sihat dan dirahmati Allah SWT. Amin...

    BalasPadam