Rabu, 25 November 2009

Ikah #2 - Alhamdulillah!

Assalamualaikum.


Alhamdulillah Ikah dapat #2 peperiksaan akhir tahun (";)


Hari Isnin, 23 November 2009 Cikgu Melinda, Form Teacher Ikah ada menelefon ke rumah dan memaklumkan yang Ikah dapat no. 2 dan katanya akan menerima hadiah pada 25 November 2009, Majlis Penyampaian Hadiah Pelajaran 2009 Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Madang. Mungkin Ikah 'kecewa' sedikit pasalnya babahnya berjanji kan menghadiahkan laptop kalau dapat #1!.


Hari Rabu, 25 November 2009, Ikah walaupun lambat bangun tapi ada perasaan iskinya kan menerima hadiah, nda seperti biasanya Ikah mau diusai rambutnya =) Sampai disekolah sempat lagi Ikah bepasan "mama karang ikut Ikah ambil hadiah di pentas aa! Ikah dulu masa menerima stiker mewarna Jolibee Ikah saja seorang" katanya macam takut .


Di Dewan ramai sudah murid-murid yang akan menerima hadiah datang bersama famili masing-masing. Aku duduk bersama Ikah dan kawan-kawannya, malas kan duduk di bahagian ibu-bapa yang disediakan. Supaya senang ku mengambar Ikah karang naik pentas (kononnya). Aku geli hati mendangar lagu background yang dipasang sebelum majlis bermula adalah lagu-lagu dari movie hindustan, ada lagu Koch-Koch Hota Hai, Dil Tu Pagal Hai, macam-mcam 'hai' lagi lah hehehe.


Acara pada pagi atu baik jua inda banyak. Persembahan pembukaan dari murid Darjah 5 - lagu Hari Guru, kemudian Pengetua memberi speech, Persembahan Tarian Saturday Nite Fever dari murid Darjah 5 kemudian baru tah penyampaian hadiah pelajar-pelajar. Tetamu Kehormat nya adalah bapa kepada salah seorang anak murid Darjah 6 di PGGMB Madang yang telah mendapat tempat 'Top 10' peraduan Mathematics Peringkat ASEAN.













Ikah bersama kawan-kawannya.







Ikah memegang trofy nya, "aku no. 2 ma".






Selesai ambil hadiah, Ikah bergambar sama Cikgu Melinda, kawan-kawan Ikah yang dapat #1 dan #3. Aku pun bergambar lah jua sama trofy Ikah hehe for being a good mother for Ikah :D


Seperti yang ku jangka, aku gerenti inda teambil gambar Ikah menerima trofynya masa di pentas! Maklum, badan randah, ibu-bapa yang lain lagi ramai sudah bersedia kan mengambar ampir pentas. Nasi baik, adik ku, Murshidi 'the photographer' mau datang untuk ambil gambar-gambar Ikah. Kelmarin sudah ku booking kataku kesian karang Ikah nada bergambar. Tapi gambar-gambar yang diambilnya balum ku meliat, nanti kalau sudah ada aku upload lagi sekali disini. Buat-buat atu gambar yang ku ambil menggunakan h/p ku saja dulu.


Mudah-mudahan Ikah tahun depan sudahnya naik KG3 akan makin pintar lagi, Amin!



Sampai sini saja dulu,

salam mama iQah (",)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan