Khamis, 10 Jun 2010

Jangan Berdusta....elak munafik!

Aku jumpa jawapan kepada posting ku yang lama bertajuk "Adakah menipu itu berdosa?" diblog Cahaya Hidayah "berkata dusta antara tanda sifat individu munafik".


"Sebenarnya bercakap dusta itu membawa seseorang mukmin bercirikan munafik. Hal ini jelas seperti sabda Rasulullah: “Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka ia adalah orang munafik. Sesiapa (juga) yang memiliki salah satu daripada empat sifat tersebut bererti dia bersifat kemunafikan sehinggalah dia meninggalkannya. Empat sifat tersebut ialah apabila bercakap dia berdusta, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila pertikaian dia melampaui batas.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Kadang-kadang bila ditanya mengapa orang menipu atau berdusta, ada yang menjawab "Aku terpaksa berdusta untuk menjaga hatimu!" Alangkah lebih bagus menjaga hati dengan tidak berdusta. Entahlah masing-masing punya prinsip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan