Sabtu, 26 Jun 2010

RasyiQah 6 tahun.


Babah dan mama ucapkan "HAPPY 6TH BIRTHDAY to our beloved daughter, RASYIQAH". 
Semua family kitani mendoakan semoga iQah panjang umur, sehat, dimurahkan rezeki dan
menjadi anak yang baik dan berguna untuk keluarga. 
Mudah-mudahan iQah semakin rajin belajar supaya dapat nombor 1 lagi. 
Mama tahu iQah pandai sudah mengeja,
 jadi ani untuk iQah -----> 'KAMI SEMUA SAYANG IQAH'.

15hb Jun 2010 hari jadi anak ku, RasyiQah yang ke 6 tahun.  Kelurusan 15hb adalah hari Selasa dan kami sudahpun merancang untuk mengadakan doa kesyukuran untuk menyambut kelahiran anak kedua kami, Muhammad Khairuraziqin yang lahir pada 5hb Mei lalu.  Jadi kami memilih untuk mengadakan Majlis doa kesyukuran selajur menyambut hari jadi RasyiQah pada sebelah petang hari Jumaat, 18hb Jun 2010.

Hari Selasa atu pagi-pagi lagi iQah sudah bangun dan bertanya "aku birthday hari ani kah ma?...tapi kenapa inda ada kek ku?" Bila diberitahu 'celebrate' hari Jumaat bersama-sama adiknya, Raziqin, iQah bertanya lagi "Raziq birthday jua kah ma?" hehe au kan saja tia.

Seperti "biasa", kami menempah jamuan dari katering Terazza Restaurant [ada diskaun tuan? hehe manatau orangnya ada membaca..pasalnya kami kan mengoder lagi bah hehehe]. Menu yang kami pilih simple saja iaitu Nasi Bryani Ayam.  Mulanya aku ingau ati makanan usulnya macam inda banyak macamnya pasalnya ada Nasi Bryani, ayam masak kari, telor rebus masak sos merah, acar, buah tiga macam dan minuman panas sahaja. Tapi pada hari atu ramai yang bagi-bagi rezeki.  Mama mertua ku bawa wajid Temburong, kelupis dan ayam goreng, adi beradi mama ada yang membawa lauk liking, kuih penyaram dan buah mangga. Bakal mertua adik ku ada jua membawa dua jenis kuih dan adik iparku sedekah air kausar.  Kakak ku membuat puding dan menyediakan 'goodies bags'. Terima kasih mudahan dimurahkan rezeki bisdia semua, Amin.

aisyemen sukanyee dia :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan