Khamis, 10 Mac 2011

Kecilnyeee sudu.


Wow, damit jua sudu atu?

Hehe ani mainan anakku, Raziqin.  Aku sengaja simpan sudu paling damit (yang pernah aku jumpa) atu di atasnya supaya nampak kedamitannya.  Sudu damit ani sebenarnya sudu untuk makan coklat anakku, Rasyiqah.  iQah cerita lepas balik sekolah katanya cikgunya ada beri hadiah banyak coklat.  Aku bertanya untuk apa?  Katanya "Aku paling laju jawap soalan quick test maths kami tadi!".  Aisyemen iski tia bercerita katanya "aku saja yang laju jawap ma!".  Dalam hatiku kelurusan soalan senang tu, cuba payah. Tapi bagus jua tu ertinya anak ku ani pandai"  Aku keluarkan dari beg sekolahnya satu kotak berisi lebih dari lima ketul coklat, macam-macam jenis dan bentuknya (alamak, rugi aku inda ambil gambarnya).  Aku iski melihat 4 batang sudu damit-damit lagi comel semasa aku buka penutup kotak atu.  Heran!

Kalau sudu damit atu digunakan untuk makan nasi, ehmm entah-entah hilang selera makan tia jadinya hehe kalau kan diet pun nda aku inda sanggup tu =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan