Sabtu, 12 Mac 2011

Subhanallah! Tsunami di Jepun.

Pasti biskita sudah tahu berita tentang Jepun di landa tsunami dan gempa bumi pada hari Jumaat, 11 Mac 2011.  Melihat paparan berita dari youtube membuat hatiku takut dan ingau manatau gegaran atau ombak atu besar sampai dapat dirasai ke mari.  Baru jua petang tadi anakku, iQah minta bawa ke pantai.

"Ya Allah, Selamatkanlah Negara Brunei Darussalam ani dan segala isinya daripada tsunami ataupun gegaran gempa bumi dan apajua bala bencana yang hanya Kau Maha Berkuasa menjadikanya berlaku.  Lindungilah kami, Ya Allah, anak-anak kami, keluarga kami dan masyarakat di sekeliling kami kerna Kau jualah sebaik-baik tempat kami bermohon perlindungan.  Amin Ya Rabbal Alamin!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan